Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=31 Ogos=-

Assalamualaikum..

Hari ni negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke -58.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan... Tak ramai antara kita yang paham apa itu kemerdekaan kan.. Termasuk la saya. Apa yang kita tau, 31 Ogos cuti, tak keje,, dapat duduk rumah... nak pasang bendera pun cuma ikut-ikut je pasang bendera, tapi tak dapat nak feel langsung apa tu merdeka... huhu.. diamana ek silap nye... Satu hari nie saya dok umah je, bagun pun lambat, almaklum, cuti. =) Mungkin mana yang sebaya dengan saya yang lahir-lahir sudah merdeka, tak dapat nak feel rasa merdeka tu mcm ne... yela, lahir je hidup pun dah senang, tak rasa susah... tak tahu la lagi 10 tahun akan datang mcm mana, hari kemerdekaan nie mungkin disambut sebagai satu tradisi je. huhu.. napa hari ni cerita pasal merdeka, merdeka nie.... bukan patriotik ke apa,,, cuma terpikir, tak ramai pun orang yang pasang bendera kat rumah dan kerete... pastu kat berita asyik tanya semangat merdeka dah pudar dikalangan masyarakat.... huhu..  tak tahu la, sebab diri sendiri pun tak dapat nak menghayati merdeka tue mcm mana...

Lagi sebulan lebih, kami akan bertunang, dan secara rasmi saya dah booking Miss N untuk jadi peneman idup saya. Best sangat. Sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan untuk E-day kami nanti. Mesti majlis nie akan menjadi lebih bermakna buat kami sebab kami buat semua sendiri... untuk majlis tunang boleh la semua buat sendiri,, tapi untuk majlis perkahwinan, memang tak dapat la....

Antara benda yang kami sedang prepare sekarang nie, mini pelamin, sweet station, gift, hantaran,dan prop2 lain seperti pic utk letak kat pintu masuk. hopefully semua menjadi.... yang paling buat saya risau sekarang ini mini pelamin. risau mini pelamin tak menyerlah. tak pe, ada masa lagi nie.. masti boleh.

Tadi tak tau berapa jam kami berbual dalam tepon (tak pe, antara kami call free), best sangat,, saya rindu sangat kat Miss N sekarang nie... tak sabar nak ajak dia kahwin.. =) ops... huhuhu..

(notatangan : Miss N jaga diri bebaik ye awak..... )

-Mr. F-

-=20 Ramadhan=-

Assalamualaikum...
Hari ini complete 19 hari berpuasa, sekejap je rasanye masa berjalan... lagi seminggu lebih je lagi nak sambut Hari Raya. Tahun ini beraya lain sikit, sambil buat persiapan raya untuk family, disamping itu juga membuat persiapan untuk majlis E-day kami nanti.. Sudah lama tidak update blog ini kan.... macam-macam perkara yang kami tidak sempat untuk masukkan disini...

Untuk persiapan bridal,,, pada 21 Ogos yang lalu, kami ada pergi membuat survey di D'pesona, Bandar Baru Uda, sebab hasil kajian Miss N, bridal ini merupakan salah satu target untuk E-day nanti. Hasil survey tersebut, kami macam nak amik je terus bridal ini.. dan pada semalam (28 Ogos) kami telah membuat booking date untuk solekan dan juga sewa baju Miss N. Dan pada masa yang sama juga, Miss N telah membuat trial make up. Cantik Miss N 1 hari ini.... 1 hari Miss N berjalan dengan muke wajah baru.... =) Selain itu... baju pun dia telah test dan pilih baju apa.. nak tau baju apa.. tunggu 3 oktober nanti ek...

Pada 28 Ogos itu juga kami pergi membeli cincin E-day kami... nak tau kat mana? kami beli kat Habib jewel.. yela,, untuk hari penting kami ini, ok je beli kat situ.. .. huhuh,,,, memang puas hati dengan cincin tu,, sesuai sangat dengan jari Miss N. Harap Miss N pun berpuas hati. =) 1st time beli kan perempuan cincin... tak sabar nak tunggu 3 oktober, dan Miss N pakai cincin tu.. nanti saya upload pic cincin tu selepas 3 oktober k.. baru surprise.... betul tak? {ok. hint tambahan, emas putih.}   =)  Terima kasih Miss N....

u-huii...... tadi plak kami pergi kerumah makcik Miss N, sebab makcik Miss N ini akan membuat decoration bunga untuk mini pelamin nanti..  yang ni saya macm tak reti nak komen.. Miss N je yang tahu.. =) tugas saya disini untuk membuat border mini pelamin.. ini salah satu kerja mencabar, sebab banyak benda kene amik kira, saiz, design, stability, warna,,,, tak pe,, mesti boleh buat... selain itu lighting untuk mini pelamin.. itu pun tugas saya... =)

Hantaran (pihak lelaki) plak, setakat ini ok.. bekas hantaran dah siap... sekarang ngah nak kire berapa kuntum bunga yang perlu saya tempah untuk hiasan hantaran dan juga seri junjung. emm.... setakat ini semua berjalan lancar..

(notatangan : terima kasih kepada "adik yah" kerana telah meneman kami 2 hari ini ... uwekkk..... uhukuhuk.. heheh.... )

-Mr. F-

.: engagement outfit :.

salam... hi ols.. :)
saje je mlm2 nih trase diri nih diva.. hehehe
so, smlm kami menghabis kn masa bersama...
lebih 12 jam.. :) i like~ hehehehe...
mengikut perancangan awl, kami ke D'Pesona...
act, sebelum ini kami sudah berfikir yg kami tidak akn menggunakan
khidmat bridal utk engagement kami.. dari bj hingga aksesori smpi ke pelamin.
mahu D.I.Y sahaja. tetapi, kami still memerlukan khidmat MUA's utk engagement day saya.
semestinya hari sy, sy mahu berseri2.. hehe :)

Tetapi, setelah berfikir2... mn mahu mendapat aksesori, tudung n nk crk baju lg..
akhirnya kami decide still pergi ke D'pesona utk survey...
n yg pnting act sy mahu lihat bj mereka..
sebelum ini sy pernah terbaca testimoni blogger2 lain yg mengatakan hasil tgn MUA's D'Pesona meletop.
so, next week sy akn pergi utk try trial make up.. hehehe...
sepanjang sy di sana, mata sy sudah terpikat pd bj2 mereka
oh.. pening.. bkn hanya 1... tetapi 2 3 helai.. so, sy xmahu berpening lg..
sy sudah jumpa apa yg sy mahu..~ sy akn stick dgn y ini.. nx week sy akan pergi lg sekali..
bayar desposit.. booking on my e-day + trial make up + fitting bj...
yeeaaaaahh~ selesai 1 perkara.. ops.. blum lg.. nx week br bole d anggap settle.. :)

kemudian pada sebelah petang kami ke bt pht.. jmpe my beloved bro~
nuthing best pn.. ehhe..~ :p
pastuh br direct blk kg... 
Mr. F sentiasa di smping sy, 1st time Mr. F berbuke puase d kampung belah mak..
Mr. F xnmpk kekok.. cume segan2.. sy rs cukup gembira..
org yang tersyg semua d depan mate..
Thanks syg~ :)

notakaki: Bila Mr. F sentiasa dgn sy... bergaul msra dgn family.. terase seperti kami dah ada ikatan sah.. hihihi.... :)

-Miss N-

-=Update=-

Tahniah Miss N sebab berjaya membuat macaroon tue. =) satu pencapaian yang hebat,, nanti boleh la masuk bahagian dalam sweet station nanti. =) apa-apa pun, saya menyokong je apa pun yang Miss N nak buat untuk E-day nanti.

Tadi kami berbuke di Pizza hut, kami order set citarasa ramadan untuk 2 orang. nak tau set apa tu, pergi ke web pizza hut, cari sendiri.. =) dalam set ni ada 1 set pizza hut, saiz biasa (untuk 2 orang), saya ada cakap, amik 1 slice je dulu,, nanti takut tak larat nak jalan, tapi dia kata tak pe,, dia amik 3, saya amik 3,, dia kata sharing is caring, hehehe ( Maaf Miss N kalau berita ni tersasar  =) hehe) last-last, perut Miss N dah ketat, makan banyak sangat... sampai tak boleh nak bercakap dah...  =)  apa tak nye, pizza hut 3 slice, bubur cendawan, ngan nasi (nasi nie saya kene abiskan, banyak sangat2) tu yang ketat tu.... heheh..... Ampun Tuanku..

Semalam parent Miss N ada tanya bila nak datang ukur tapak mini pelamin, terus mengelabah, cakap sabtu nie, huhuh, Sabtu nie mungkin nak pergi D'pesona (bridal) sekali ngan ukur tapak mini pelamin. Semalam Miss N dah lantik untuk jadi arkiter sekali dengan designer, dia kata nanti dapat sijil, Miss N keluarkan.. tu yang best tu.

Sampai malam ni, saya dah berjaya siapkan 3 set bekas hantaran tunang nanti, ingat nak masukkan dalam blog ni, dah cube tapi pic tak dapat nak upload. tak pe, mungkin lain kali dapat upload. Target minggu depan siap semua bekas hantaran nie. kemudian nak tumpu kepada prop mini pelamin pulak. Doakan semoga kami berjaya.

(notatangan : Apa kata-kata yang aku nak tulis kat kek tunang aku nanti ek? pening ngah mencari ni. Saya dan Miss N tak nak guna "Selama Bertunang, Fazuli & Norezareen". Yela, dah tentu kek ni nak bagi sesama sendiri, lepas tu tulis mcm tu, ada ke orang wish "Selamat Bertunang" kat diri sendiri? Tak nak, Tak nak, Tak nak,,,,, )

-Mr. F-

.: percubaan kedua :.

masih ingat pd janji sy smlm?
mahu mencuba lg buat macaroon?
hehe... dan hasil nya... tadaaaaaaa~~
b.e.r.j.a.y.a!!

hoyeeh~~ hoyeeh~
bg standing ovation sket.. haha
y plg penting oven sy mmg ade probs...
dgn api bwh.. terpakse gune 2 oven..
xpe2... da berjaye...
bole buat lg.. :)

notakaki: nmpknye kna btul kn oven lg la..~ adeh...

-Miss N-

.: pop cakes :.

pejam celik hari ini sudah masuk hari ke 5 berpuasa.
alhamdulillah..
hari berlalu semakin pantas bukan? apakah persediaan sy? hehe...
oh tidak.. insyallah semua nya akn berjalan seperti yg d rancang...
act, sy asek memperkatakan tentang 'sweet station' sy berbanding Mr F lebih
memberi tumpuan kepada barang hantaran... kenape ye?
sy pn tidak tahu.. mngkin sy lebih berminat kepada bnda2 yg memerlukan bake..
hehe... sy sgt berserabut ttg hantaran dan  mini pelamin.
kini sy hanya pk hendak membuat simple2..
xde da mini pelamin yg meletup2.. huhu..
tbe2 bnyk bnda y sy perlu pk kn..

semalam sy mengutarakan kepada mak.. mcm mn deco utk hantaran. snang sj idea mak..
amik semua bunga roses kaler maroon. naik kata nya.
b4 nih idea sy mahu mempelbagaikan warna bunga.
warna-warna pastel.. sejuk mata memandang.
sy still memikirkan nya. ape yer decision sy?
hehehe... kte tgk nnti k...

menu seterusnya yang wajib berada di atas meja 'sweet station' sy ialah 'pop cakes'.
sy pk senang sj membuat nya.. nk tau mcm mn bntuk 'pop cakes'?
sy ada survey beberapa patern yg menarik minat sy... comel gle.. hehe :)
sumber yang diperolehi adalah dr pakcik google!




sdh tentu sy akan menghiasnya xubah seperti dlm pasu bunga.. pasti bole D.I.Y.. hehe
ok.. next menu, cuppies... ini simple sj... sy akn membuatnya mengikut perancangan buttercream berwarna light blue n pink... n insyallah sy akan letak juga name sy dan Mr. F..
kta pn engagement kteorg kn... :) sy cedok sumber inspirasi dr cni..






sgt la comel.. simple.. n nice... ini adalah base idea yg dpt dr blogger2 lain..
sy sgt adore dgn kekretifan beliau. :) maap yer kak..
mntk tampal pic cuppies comel akk kt blog nih..

so, last menu my b cookies n chocolate. itu sj sy kira utk menu sy..


notakaki: sy berjanji dgn Mr. F mahu membuatkannya Tiramisu, tetapi msh blum dpt buat.. ble la mau jmpe dgn chocolate chiffon cake.. smlm pergi giant ttp hampa.. tiada choc chiffon. y ada hanya orange. sbr ye Mr. F :)


-Miss N-

-=14 Ogos 2010=-

Hari ini kita plan nak pergi D'pesona (Bridal), SSF, dan Air Hitam..
Tetapi kami cuma pergi SSf dan Air Hitam je..

Kat SSF (kedai Home decor) kite survey-survey, banyak2 benda yang ada kat dalam tu, saya cuma beli bekas cincin untuk hantaran nanti.. Cantik, lain dari yang lain... tapi cincin tak beli lagi.. =( selain tu, Miss N ada la target beberapa barang seperti bekas tingkat cupcake, tirai manik..... tue je.. sebab yang lain semua mahal-mahal.... =)

Selepas itu kite terus bergerak ke air hitam, disana saya membeli metalic wrapping paper, nest (kecik), dan riben. selain tu, mak ada pesan beli pasu bunga.. ada banyak lagi benda yang kami belum beli.. uwa..... pape pun saya akan siapkan bekas hantaran nie dulu.

Kami berbuka di Taman Universiti, Skudai, Johor. Semasa tunggu oder sampai, kami sempat la tengok-tengok mini pelamin kat internet,,, dan macam biasa, idea kembali serabut.. =) malam tu jugak saya mintak Miss N finalize kan plan mini pelamin yang mcm ne...Kalau tak, susah nak stat buat prop mini pelamin tu..

ok,.. mata dah ngantok...  Esok sambung buat bekas hantaran..

(notatangan : Tarikh E-day kami pada 3 Oktober 2010 sebab untuk memberi kami ruang untuk membuat persiapan E-day kami.. )

.: percubaan pertama :.

masih ingat janji sy mahu mencuba macaroon?
oh.. hasilnya tidak berjaya.. silap nya mungkin pada oven.. api bwh xmenyala..
atau adunan? xmengapa...
esok sy ttp mahu mencuba.. :)
sy ttp semangat...
wish me luck k...

notakaki: esok pasti berjaye.. insyallah.. :) nk pki oven len.. hee

-Miss N-

-=Berusaha Keras=-

Assalamualaikum..

Seperti yang Miss N bagitahu sebelum ini, mini pelamin totally D.I.Y... Ada banyak prop yang
kena buat sendiri ni... kena lebih tekun lagi selepas ini... apapun, tunggu je result nye semasa majlis
E day nanti. =)

First sekali sebelum buat semua prop untuk mini pelamin ni, saya kena tau dulu ukuran saiz tapat mini pelamin nie, nak tau tinggi berapa, luas buka mini pelamin ni berapa, mungkin sekarang nie keluarga Miss N ngah sibuk ukur-ukur kot.... =)
Semua polisterin untuk kegunaan prop mini pelamin ini telah pun dibeli, dapat je ukuran terus stat gerakan mereka bentuk.. risau gak,, takut tak jadi =P papepun akan buat sampai jadi,,,, jangan putus asa.... huhu..


Esok dah jumaat,, uwaaa..... cepatnye masa berjalan....tidakkk...

-Mr F-

.: macaroon :.

salam....
so, mcm mn dengan hari ke 3 puasa? still maintain ke da semangat nk raye? hehe...
btw, tahun ini berpuasa dengan mood yang berbeza..
tahun ini 2 in 1.. hehe.. sy sebuk menyiapkan persiapan pertunangan sy yang bakal berlangsung pada mnggu ke 3.. insyallah... insyallah di permudahkan sme urusan sy...
back to the topic..
sudah lm sy usha macaroon ini.. ia sgt menarik perhatian sy.. sy berangan-berangan jika ia ade ms E-day sy.. mesti swett plus2.. :) hehehe
bole ke sy membuat nye? mcm leceh jek.. tp.. sy mahu try juga.. xcube xtau kn...
nk tau mcm mn bentuk macaroon nih? meh layan pic...








comel nye.. nk mkn pn sure syg nih... :)
mampu ke sy buat? sy akn msk kn dlm wishlist sy utk bln ramadhan nih...
insyallah sy akn mencuba juga...
doakan sy berjaye k!!


notakaki: comelkn kwn2? cpt stuju... hehehe :) resepi da jmpe.. hnya keinginan diri sndri sj ni.. ehehe~

-Miss N-

.: sweet station :.

oh my gucci....
skrng ni sy sedang gigih mencari chocolate fountain yang ingin di sewa kn..
sy mahukn.. mahukn! sy mempunyai perancangan sendiri utk menempatkn ruangan khas utk dessert, buah, cupcake, cookies serta chocolate fountain. ini lah y dinamekn sweet station.. hari y bahagia.. hari y baik.. hari y manis..
semestinye ade mknan manis2 :) hehe...
jom layan mate.. sy meng 'google' utk mencari idea sweet station nnti..



sweet~ hiaskn dgn bunga... i like..~ tp mcm too feminin...
nih plak...



nih lebih dkt ape y sy idamkan.. simple.. pinky2.. nice gtu.. just 1 bouquet flower ltk tgh2..
cume.. space terlalu minimum la nk letak cuppies atas tu..
pnt je nnti P.I.C utk sweet station nih kna ask refill jek.. hehehe
1 jek kurang... chocolate fountain. kalo x.. just perfect.. :)

so, 2 idea atas combine.. 1st choc fountain bersame buah-buahannye, y 2nd plak more kpd mknan2 sweet like cuppies.


tbe-tbe... hehehe.. tadaaaaa~~


comelnye... sweet gak buat hantaran.. :)
bole d pk kn.. hehe... best2...



notakaki: sy semakin nervous utk menjadi tunangan org.. :)


-Miss N-

-=Idea Hantaran=-

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.. sekarang sudah masuh hari ke-2 untuk kita berpuasa, semoga segala urusan kita untuk berpuasa akan dipermudahkan.

 Untuk hantaran pihak saya, saya bercadang untuk mengikuti idea seperti gambar dibawah, tetapi, bekas hantaran kali ini hand made menggunakan material :
1. Polisterin
2. Metallic Wrapping Paper
3. Riben
4. Dan lain-lain nanti...
memang mencabar betul buat bekas nie..... adoi,,,, memang banyak bersabar je la.. huhuh



Cuma kali ini, bukan warna silver seperti gambar diatas, warna yang dipilih adalah gold+coklat2.. Bunga yang di pikirkan setakat ini akan menggunakan soft pink.. Alas dulang warna coklat..

Tadi PSNM tak keje, ada try buat satu sample bekas tersebut, Keseluruhannye OK, cuma ada beberapa part yang perlu dikemaskan lagi. Sabtu ini cadang akan pergi ke air hitam sekali lagi untuk shoping material yang diperlukan untuk complete kan sample bekas ini. 

Dan tadi pagi juga, kami ada membeli 16 keping polisterin (18mm tebal) untuk membuat bekas hantaran dan juga prop untuk mini pelamin nanti... Masa tinggal lagi beberapa minggu saja lagi... harap semua berjalan dengan lancar..

OK, untuk pihak saya, secara keseluruhan saya akan memberi 7 dulang semuanye. Setakat ini semua barang telah dibeli kecuali kek, cincin dan sepasang baju (masih dalam tempahan). Untuk cincin tengah tunggu habib buka sale raya, =) baru-baru ada dapat tau habib ada buat sale raya, tapi kat alamanda.... jauh nye... kos nak pergi alamanda saje dah boleh cover harga sale cincin nanti. heheh.

OK. pape update nanti saya akan tambah nanti.... 

Wassalam. 


-Mr F-

.: gift :.

Salam...
Hari nih merupakan 1 ramadhan dimana semua umat islam berpuasa.
Selamat berpuasa kepada semua.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa kali nih dgn penuh kerahmatan. :)
Bagi sp2 yg stay kt jb.. arinih cuti~~ yeay..  so, ape plan sy today ek..
owh lupe.. perkara yang paling penting skali sy mahu jmpe BFF sy.. sbb nk pnjam dulang hantaran...
before men'deco' hantaran sy, sy perlu lihat size bentuk dan warna dulang.
so.. bila da tgk.. sy da bole pk.. mcm mn nk men'deco'.. oh idea..~
buat ms skrng sy still stick dgn idea asal sy.. bunge keliling dulang.. abeh cte.. ehehe~ :)
tp.. we'll c nnti mcm mn.. sbb still kna cnfirm kn dlu dgn florist psl bunga..
ok.. ttp cte psl hantaran n dulang.
next...
back to topic.. gift..
smlm.. lepas office hour, kteorg trus g econsave n tj mart.
hunting 4 doily paper... simple.. nice...
so, alhamdulillah.. ape y di cr da dpt.. cume reben n pk idea nk deco..
kna la puaskn ati mak gak nih.. mak sy da mcm QA.. hehe...
kna wt paperwork.. pastuh present kt dea.. if dea approve br bole proceed. :)
still ade sikit2 item y pending utk gift nih.. insyallah, sy akn update progress later.

So, ni dea item yang perlu di list kn buat ms nih:

{mini pelamin}
-polistrin
-fresh flower
-bantal alas
-carpet
-curtain backdrop
-chandelier

{hantaran}
- fresh flower
- dulang
- barang2

{baju}
- update later..

{make up}
- update later..

{candy station}
- choc fountain
- menu

{gift}
material : doily paper, riben
gift: cheese brownie, blueberry cheese tart


sy rs masih byk y kurang, tp xpe.. sy akn sentiasa update :)

notakaki: byk benda y sy harus lakukan, sy harap sy bole buat yang terbaik utk mjlis sy..

 -Miss N-

-=Dimanakah idea ini sudah melarikan diri=-

Assalamualaikum..

Miss N kat bawah dah intai-intai jenis bunga dah.. =) Yela, mcm miss N bagi tau kat bawah, kite dah decide nak wat D.I.Y untuk majlis E-day nanti, daripada sekecik-kecik gift, sampai la sebesar-besar mini pelamin.

Dah dua minggu mencari idea untuk membuat hantaran macam mana, tapi tak jumpe lagi, minggu lepas pergi air hitam survey ke kedai perkahwinan, idea tue makin serabut. uwaa...... yela,, macam-macam design ada, dan macam-macam material ada.... pening tue.. owh,,, untuk hantaran tunang ini, kite decide untuk cube buat masing2, mencabar nie.... tak pe, tgk je la nanti...  =)

Sekarang ni, tengah cube nak buat sample satu prop untuk diletakkan atas dulang hantaran nanti. Mungkin akan datang (minggu depan kot) nak tour air hitam sekali lagi.. cari material.. =) Nanti siap je prop ini saya akan bagi gambar kat sini...

Idea hantaran ini pun akan biberi tahu pada next post...

-Mr F-

.: cik bunga :.

Salam...
dgn mood yang hepi and sgt berbunga2 nih..
kna study n search psl bunga... Mr F suh sy study psl bunga2 nih..
memandangkn kami bukan golongan y berbunga2 nih.. hehe..
maka utk preparation kami hantarans, home deco n pelamin.. kna la knal dlu bunga b4 order..
eheheh~ sadis kn bunyi nye.. sme nye kami decide utk D.I.Y.. wah, gempak gtu.. mampu ke? :D
ok.. act ade beberapa jenis bunga yg sy sgt3 terpikat bile memandang.. hehe
fallin love gtu.. lalalalala~
so.. jom tgk top 5 y bakal2 jd list sy utk E-day sy :)



 Hydragea


idea: bg main flower guna warna-warna soft pink, peach, off white. guna warna2 pastel..

Carnation
idea: pink,pastel yellow...

Ranunculas 

 nk hand bouquet bunge nih~ nk2... huhuhu... cntk nyee...
 tgk nih.. sgt3 jeles... nk jugak... kalo oder dpt ke?



idea: hot pink(suda gle dgn pic tu..)

Anthurium 


idea: soft pink,off white, pastel yellow.

 Roses

xnk letak picca sbb da common.. hehehe :)
idea: sume pn bole...

so, y mn menjadi pilihan ati sy? hehehe... nanti kn...

notakaki: memandangkan mini dais n hataran D.I.Y , sy akn bermain dgn fresh flower.. wish me luck k supaya bunga2 sy tetap maintain meletup.. hehe :)


-Miss N-

-=Pencarian Berakhir=-

Assalamualaikum w.r.b.t..

Satu pencarian akhirnye berakhir pada 2 Ogos 2010 apabila kedua orang tua telah pergi merisik seseorang yang aku sayang untuk menamatkan zaman bujang aku... =)... sungguh tidak disangka... rupanye dekat je jodoh aku... Alhamdullillah, semuanye selamat. Aku dah berjaya pacak satu bendera 'booking', YESSS!!

Dulu kami cuma rakan sekerja yang selalu kene kejar pasal software nak buat factory trial,,, dalam masa yang sama selalu juga curi-curi tengok masa rehat dan masa kerja,,, =) Dah jodoh, sapa yang tahu kan, Miss N ni bakal tunang aku nanti. Insyallah dia lah juga bakal Istri aku nanti (Next Year). Harap dia bahagia dan selesa dengan aku...

Walaupun bendera 'booking" telah di pacak,, tetapi tidak bermakna aku kene ambil ringan untuk step yang seterusnye.. banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk target yang seterusnye, dimana plan kami adalah majlis pertunangan pada 2 Oktober 2010.

Hari ini baru blog ini dapat di bina dengan bantuan Miss N... Lepas itu aku kena bagi post yang pertama.. Tak pe,, sanggup berkorban apa saja kan..  =)  nak tau berapa lama lagi kami nak bertunang, refer countdown timer kat bawah,, ada lagi 1 bulan, 3 minggu dan 5 hari...

Perancangan untuk hantaran, Miss N akan sambung....  dia lebih banyak tahu.... Sebab dah 2 hari ini kami pergi survey untuk persiapan pertunangan nanti... Miss N,, continue yer...... tata..... =)

-Mr F-

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click