Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Pencarian Berakhir=-

Assalamualaikum w.r.b.t..

Satu pencarian akhirnye berakhir pada 2 Ogos 2010 apabila kedua orang tua telah pergi merisik seseorang yang aku sayang untuk menamatkan zaman bujang aku... =)... sungguh tidak disangka... rupanye dekat je jodoh aku... Alhamdullillah, semuanye selamat. Aku dah berjaya pacak satu bendera 'booking', YESSS!!

Dulu kami cuma rakan sekerja yang selalu kene kejar pasal software nak buat factory trial,,, dalam masa yang sama selalu juga curi-curi tengok masa rehat dan masa kerja,,, =) Dah jodoh, sapa yang tahu kan, Miss N ni bakal tunang aku nanti. Insyallah dia lah juga bakal Istri aku nanti (Next Year). Harap dia bahagia dan selesa dengan aku...

Walaupun bendera 'booking" telah di pacak,, tetapi tidak bermakna aku kene ambil ringan untuk step yang seterusnye.. banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk target yang seterusnye, dimana plan kami adalah majlis pertunangan pada 2 Oktober 2010.

Hari ini baru blog ini dapat di bina dengan bantuan Miss N... Lepas itu aku kena bagi post yang pertama.. Tak pe,, sanggup berkorban apa saja kan..  =)  nak tau berapa lama lagi kami nak bertunang, refer countdown timer kat bawah,, ada lagi 1 bulan, 3 minggu dan 5 hari...

Perancangan untuk hantaran, Miss N akan sambung....  dia lebih banyak tahu.... Sebab dah 2 hari ini kami pergi survey untuk persiapan pertunangan nanti... Miss N,, continue yer...... tata..... =)

-Mr F-

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click