Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Perjalanan Majlis=-

Assalamualaikum...

Hari ini saya dapat tahu dari cik petunang saya
yang sedang bercuti di Indon
bahawa baju nikah dia dah siap.
Dan Miss N nak tgk dulu,
kalau ada pape yang tak kene ke..
Saya nie ketinggalan ngan fesyen2 baju nie.
Jadi saya follow je la cik petunang saya ini.. =D

Tadi saya dah terima duit
advance sebanyak 142000 Yen untuk
business trip saya nanti..
Kalau amik rate 0.038, lebih kurang bersamaan
RM5396.
Tapi duit nie bukan fully saya punye, elaun saya
cuma 93200 Yen je, yang selebih nye duit
transport untuk pergi kerje,
kalau ada lebih duit transport nie kene pulang balik.. 
cuma duit elaun je amik. Hahaha...

Ok Ok.. Kembali semula ke tajuk diatas.
"Perjalanan Majlis"
Dah tentu la majlis kawin kami..
tak kan majlis perasmian kedai pameran kereta pulak kan..


Seperti yang sedia maklum, kalau kite
lihat pada majlis-majlis sebelum ini,
ada je benda yang orang nak komen,
ini tak de la, itu tak de la,
dan mcm-mcm lagi..
Biasa la... idup dalam bermasyarakat,
mesti ada banyak mulut yang mengata.


Pada pandangan saya,
mungkin pihak pengantin dah rancang
dan susun sebaik mungkin untuk majlis nye
sebelum itu,
tetapi pengantin terlupe bahawa pada hari kejadian
tersebut yang menguruskan majlis bukan 
nye pengantin tersebut, tetapi ahli keluarga.


Emmm.... cube imagine, yang susun dan rancang
majlis adalah pengantin, 
lagi parah bile pengantin cume susun dan rancang
cume pakai lisan sahaja,
tanpa itam dan putih (sebarang bentuk penulisan untuk 
dijadikan rujukan semasa hari kejadian),
dan semasa hari kejadian yang menguruskan majlis 
adalah ahli keluarga,
pengantin masa nie dah lepas tangan dah.
Ahli keluarga pulak ada berapa kepala nak ikut nanti?
Ada yang suruh buat ini, ada yang suruh buat itu.
Last2, semua yang dirancang tak jadi..
Setuju tak?

Jadi disini, saya nak cube adakan skrip perjalanan majlis
untuk dijadikan rujukan semasa hari kejadian.
Dengan adanye skrip ini,
sekurang-kurang nye kite dapat gambaran awal
mcm mana dengan situasi dan keadaan pada
hari kejadian.
Apa yang ada kat dalam skrip ni?
tengok contoh skrip kat bawah nie.


Skrip Majli Pembukaan Wajadiri




Masa

Masa nie penting supaya majlis tak delay.
Dan dapat tahu secara detail majlis 
pada hari tersebut macm mana.


Aturcara majlis

Yang nie tgk la contoh skrip kat atas...
Mesti paham punye.
Kat sini memang kene detail seberepa yang detail..
Nak buat part nie bukan satu kepala je,
kene bincang ngan family gak.
Dapat kata sepakat.


Nota

Ok, kat sini pun important jugak.
Kebiasaan nye, akan diletakkan PIC untuk setiap
item yang di tulis didalam Aturcara majlis tu.
Kenapa kene letak PIC ini?
Supaya masa hari kejadian, 
tidak akan ada banyak arahan yang datang 
untuk buat itu ini.
Jadi, sepanjang majlis berlangsung, hanya 
valid arahan PIC untuk setiap item yang ditulis dalam skrip itu sahaja.

PIC-PIC trsebut hanya valid untuk sesuatu item
yang ditugaskan sahaja, tetapi
bagaiaman pula dengan pantauan overall majlis tersebut, kot-kot
ada PIC yang tido.
Satu lagi jawatan 'Floor Manager' akan diwujudkan untuk
tugas tersebut.
Kirenye Floor manager ini adalah boss kepada PIC-PIC tadi.
Floor manager akan pantau dari awal majlis sehingga majlis selesai. huhu..

Nampak complicated kan. Tetapi kalau nak perjalanan majlis
tu lancar, ini la caranye.
Nanti kami cube apply pada majlis kami.
Tunggu result nye nanti k.

Untuk menjayakan plan ni, bukan mudah.
Kene dapatkan komitment semua pihak.
Kene briefing kepada semua ahli keluarga yang
terlibat menguruskan majlis perkahwinan kami nanti.
Dan setiap sorang mesti ada salianan skrip ini,
supaya tak timbul masalah tak tahu la, 
tak ingat la, terlupe la, dll.

(notatangan : Nampak mcm beriye kan, siap ada skrip bagai. tapi
nak try gak buat. Biar nampak teratur sikit majlis nanti.)

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click