Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Secara Kasar=-

Selamat malam semua..

 Hari ni 23 November 2011, hari ke-2 cik petunang saya berada di Bandung
untuk holiday...
Miss N ada SMS dgn saya, citer tempat2 yang dia pergi..
huhuh.... nampak hepi je cik petunang saya itu...
Saya pulak tinggal lagi 4 hari untuk berlepas ke 
Fukuoka, Jepun selama 21 hari...
Cian cik petunang saya kene tinggal 3 minggu..
Cintaku tertinggal di Malaysia...... =D

Kembali kepada topik di atas..
Saya dan Miss N ada membuat beberapa tinjauan,
seperti bridal untuk pelamin, khemah, deco khemah,
make up raja sehari, fotographer dan macm-macam lagi...

Di sini saya ada list kan beberapa item
yang mungkin listing awal secara kasar
daripada saya untuk wedding kami nanti  :

PIHAK PEREMPUAN DULU.

1. Nikah :
- Area untuk pengantin perempuan duduk.
- PA sekiranye perlu
- Pakaian pengantin lelaki(dah ada) dan perempuan(sedang cari).
- nikah props (kene perincikan lagi)
- Hantaran dua-dua pihak(5 vs 7).
- Make up pengantin.
- Photographer & videographer (sedang ushar2 lagi)
- Kursus kahwin (dah pergi?)
- Appointment dengan Tok Qadi.
- Deco bilik tidur.



2. Bersanding :
- Pelamin (dah decide bridal)
- Make up pengantin.
- Reception props.. (ini kene perincikan lagi)
- Kanopi + deco (dah jumpe nak yang mcm mana)
- Floor manager (sape sesuai?)
- Persembahan (zapin, silat etc)
- PA system
- MC dan DJ (sedang didalam perbincangan)
- Deco meja makan berdamai 
(tak pernah gaduh pun, tetibe kene berdamai. konfius =D) 
- Menu makan berdamai.
- Kek
- Photographer + videographer
- Cake area.
- Gift
-Makanan
- Banner, poster
- Kad jemputan


3. Khatam Al-Quran :
- Pakaian pengantin
- Area pengantin duduk.
- Gift.
- Jemputan.
- Makanan
- Appointment dengan Ustazah


Emm... setakat ini itu je dulu yang terpikir buat masa ini,
kalau ada pape, nanti edit dan topup...
Ada banyak step lagi ini untuk membuat persiapan,
yela, cube buat yang terbaik untuk majlis sendiri.
Kesilapan masa majlis mesti ada, 
tetapi cube nak minimiz kan 
kesilapan tu. 
Lagipun, semasa majlis kami tu berlangsung, 
kami dah jadi VIP masa tu,
semua tugas2 di serahkan kepada
ahli keluarga yang dipantau oleh
floor manager yang di tentukan nanti 
supaya tak kelam kabut dan nak kurangkan kekurangan
semasa majlis.

(notakaki : Cik Petunang saya tak balas pun SMS saya, saya cube nak call
tapi tak berjaya, mcm ne nak call cik petunang saya ek...)


0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click