Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

.: Day 2 - Bandung :.

salam...
welcome back to Day 2 bersama cik ryn berjalan-jalan di bandung...
second day sambung berjalan-jalan menghirup udara bandung lagi...
sambil memikirkan kemana harus buang duit lagi.. erkk... ;p

jadinya rancangan pada hari ini kami ke Tangkuban Perahu..
bekas gunung berapi.. orang cakap tempatnya sejuk...
bila saya kesana... boleh la d kategorikn macam genting.. ala-ala genting..
mungkin kalau saya pernah ke cameron, saya akan cakap mcm cameron.. hehe
sbb genting mcm da xde unsur-unsur sejuk yang nyaman dengan suasana hening 
alam sekitar.. otw nak mendaki ke Tangkuban Perahu kiri kanan banyak org menjual arnab...
peliknya arnab-arnab tersebut x pulak nak lari.. 
comel-comel..
 siap ade board kat tepi 
'SATE KELINCI' 
oh tidak.. 
ia terlalu comel untuk di makan.. 

kiteorg bertolak ke Tangkuban Perahu seawal jam 7.30 pagi waktu Bandung..
owh saya lupa nak mention perubahan waktu Malaysia dan Bandung selama 1 jam..
bandung awal 1 jam dari Malaysia. 
Siapa-siapa nak beli souvenir tu, 
better beli kat Tangkuban Perahu sebab banyak choice.. 
dan bila banyak kedai dan persaingan, dapat la tawar-menawar dengan lebih murah.. 
Lepas ber'shopping' dan layan makan strawberi fresh...
kami dibawa pula ke Pasar Baru... 
Ini la yang di tunggu-tunggu.. 
hehehe...


kami singgah sekejap untuk berjalan-jalan amik angin..


ini lah kawah ratu.. ;)  kat sini mmg bau belerang dia la.. indahnya ciptaan -NYA


pilih la ikut suka kaki anda mahu kemana...



selepas penat berjalan, duduk lepak tepi ini sambil makan strawberry dan rasberry.. 
tunggu ahli group lain abis shopping.. 
sangat manis strawberry n rasberry bila makan time ni :) 
bawak je balik hotel.. 
terus masam... sangat... 
eeeeeeeeee ;(

jom layan gambar kat pasar baru pulak ye..
 jom kita tengok macam mana bangunan pasar baru ni.. 
tadaaa...~ 
;)



jalan depan pasar baru ni sangat sesak.. 
macet sentiasa.. ops.. *macet = jam


tengok-tengok betapa rambangnya mata anda jika anda pun berada disini, 
lihat keadaan antara kedai yang sangat rapat... 
maknanya sangat banyak choice..
memang xlarat nak singgah satu persatu.
ini di Lantai 2 xsalah saya.
kedai ini pun, 
budak pekerja D'fabric yang suggestkan.. 
katanya kedai kawan nya, 
price bole kawtim...
tp.. kawtim ke? 
mcm sama je..
sapa nk jawap tu? 
heheheh


last but not least, ini adalah kedai D' fabric, tempat di mana saya membeli kain baju melayu family, bridesmaid serta baju nikah saya. 
*untuk ini saya akan buat satu entri khas ye.. :)
maka dengan itu tamatlah program saya pada hari ke 2 saya di bandung.

notakaki: masa ini poket sudah nipis sedikit.. nasib pergi bersama ayah saya.. beliau yang banyak tolong buat decision dari pilihan mahupun kewangan.. hehehe

-Miss N-

Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest


Wedding Photography Giveaway contest

guess what? meh..meh.. mari dekat... ade contest yang sangat teruja dari Encik Razali nih... sangat best oke...
apa?
xcaya?
sila lah melawat ke mukabuku beliau mahupun blog beliau utk mengetahui terma dan syarat nya seperti tertera di bawah :)
fuh.. nerves sampai skema nih...
hehe...

antara syarat beliau yang lain ialah, pick 1 gamba beliau dan beritahu mengapakah picture tersebut begitu special sehingga terasa teruja mahu memenangi contest ini.. wee~ 
maka, sebulat suara..suara saya sendiri la.. hehe
selepas kira-kira.. 
timbang-timbang..
pening-pening kerana terlalu banyak picture yang sangat awesome n cantiks..
dengan itu...
saya telah pick satu picture yang saya amat suke sangat...
yang mana??
 tadaaa...

mengapa saya suka picture ini?
mengapa tidak picture lain?
kenapa yang ini?

*sebab... kerana...*

bagi saya, untuk bekerja dalam bilangan orang yang ramai dalam satu picture 
amat susah...
dan
untuk mendapatkan shot yang cantik serta mengandungi 
moment-moment yang indah amat sukar diperolehi..
justifikasinya?
moment! perkara indah itu datang hanya sekali..
 ia menghasilkan gambar yang indah dan speechless..
ayat simple nya.. gambar yang menceritakan segalanya..
bila tgk gambar kita akan senyum :) automatic mengimbau kenangan masa lalu. :))
itu wajib.. lagi-lagi wedding photo..
bagi saya hasil gambar-gambar begini lebih bernilai dari gambar pose biasa tetapi nothing..
tabik pada incik razali mampu tackle mood para model di atas sehingga masing-masing menghasilkan mood fresh terbaik dari ladang :))

apa yang saya lihat dari gambar yang saya pilih:
-gembire bersuka ria.. smile everwhere
-excited
-candid.. natural..
-sweet
-tone? sangat cantik..

 seperti terma dan syarat-syaratnya...
checked one by one.. takut tertinggal.. disqualified plak.. rugi den.. :)

1. Click “Like” on my Facebook page: (www.facebook.com/fotobyrazali)  Done
2. Find this blue poster and share it to your friends. You can also copy and upload it to your wall. Tag 10 of your friends to thats poster.  Done
3. Now you select one of the photos you like from any folder or from my blog or even from my personal Facebook (facebook.com/razali), write an entry in your blog. The title must contain: Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest, and express why you like my photography. Put a link under the photos such as source: Foto By Razali – http://blog.mohdrazali.com  Done

yippie... nampaknya saya telah mengikuti semua syarat di atas...
ehem...ehem.. mana tahu ade rezeki cik ryn dan incik fazuli ni kan..
dapatlah OP sebest incik razali ni..
amin...
:)

.: Day 1 - Bandung :.

salam satu malaysia..
macam mana dengan hari ini?
bagaimana dengan hari minggu anda?
nampaknya seharian semalam saya menghabiskan masa dalam perjalanan ke perkahwinan officemate saya.
Tahniah kepada en.wak dan en hazly...
semoga perkahwinan mereka kekal sampai ke akhir hayat hendaknya.. 
amin..

Berbalik pada topik entri kali ini..
saya akan review day by day di Bandung..
pada 21/11 saya bertolak ke kl menaiki flight paling last..
jadinya satu malam saya bermalam di LCCT sehingga pagi.
dengan mata sembab..
 terpaksa overnight.. 
dengan muka separuh siap..
terbang lah saya pagi itu ke Bandung pada pkol 8.40am waktu Malaysia..
malas nak cerita banyak, 
jom layan gambar hari pertama saya di Bandung...

 *7:52 am*  

*Masakan Padang.. yummy*
                                              
*Outlet nih sempoi... skirt cantik.. tp xbeli :((*


 *next... Rumah Mode* 

*kt luar rumah mode*


Kami melewati beberapa factory outlet selepas Rumah Mode, 
siapa-siapa yang suka shopping barang branded, 
memang suggest pergi ke factory-factory outlet kat Bandung.. 
yang penting 
ongkos nya sahaja yang perlu di bawak lebih ya buk..
 hehehe

notakaki: masih jauh perjalanan saya di bandung ni.. 

.: far far away :.

hye peeps...
quick update...
nntikn n3 yg akn menyusul psl trip sy ke bndung..
tngguuuuu~~

Dear: incik petunang y nun jauh kt mate ni...hehe...
miss u... :)



notakaki: this week nmpk nye memenuhi undangan perkahwinan officemate je la.. :)

-=Hari Kedua@Sampai PSN=-

Hari aku bangun pukul 6.00 pagi (jam Jepun), Huh, malas gle nak bangun, penat atas kapal terbang semalam tak ilang lagi.
Bangun-bangun terus gosok baju, mandi2 (pegh, yang nie seksa gle, bilik mandi kat aras satu, masa mandi sedap la, panas, tapi otw jalan kaki dari bilik air nak ke bilik, amik ko, sejuk gle.), kemudian breakfast.
Dah siap2 semua, kami bertolak pergi ke PSN pukul 8.00 pagi.
Kami berenam (Aku, Chen, Aaron, William, Jufri, So Hoon) decide amik teksi untuk ke Onojo station.

Emm.. pasal teksi, nak share sebab kat Malaysia tak de, penumpang tak payah nak buka/tutup pintu teksi tu. Pintu teksi tu auto beb. Walaupun kete tu tak setanding Inspira, tapi pintu dia auto. hahahah.

Sampai kat Onojo station, aku beli tiket
train untuk sebulan terus, dari Onojo ke Hakata.
Jimat, bile2 aku boleh pergi Hakata, gune
tiket tu sampai aku dah tak lalu nak pergi Hakata.
Untuk ke PSN, kami check out dari train di
Tekeshita kemudian jalan kaki 20 minit.
Kalau kat Malaysia,Dari depan pintu
umah sampai ke kilang naik motor, tak penat,
tapi kat sini memang banyak gile berjalan.
Pemalas gle aku nie kan. hehe
Akhirnye aku sampai juga di opis PSN.. uhuiii!!
Sampai-sampai, aku dah ada PC, siap ada nama beb kat PC tue. huhu

Pagi ni, aku banyak setup PC (e-mail, akses server PSNM, dan report Imigration duration pada HR).

Pagi ni juga aku dah mule stat keje ngan
model yang aku incharge MB1520 series.
Kerja mudah je, tukar set S1 condition kepada S2 condition.

Yang paling sakit changing point PCB. boring beb...

Disebabkan changing point tue juga aku kena
OT sampai kul 8 malam. Rajin tak? hahah
Pukul 8 aku terus balik..

Malam ni dari Onojo station ke Dormitary,
kiteorang (Aku,Aaron,So Hoon) decide berjalan kaki.
sejuk beb.. best, best...

Aku dah 3 hari kesejukan, tapi sampai hari
ini Alhamdulillah tidak selsema pun.

Sampai je bilik, saya dapat panggilan dari
cik ptunang saya... yahooo.... best2.
Owh, cik petunang saya guna prepaid Digi, kemudian
call fixed line bilik saya, dapat murah,
average bawah 10sen seminit.
Dapat la saya berborak dengan cik petunang saya.
Rindu gle dengar suara dia..
Perasaan nak balik tu meletup letup nie... hehehe..
 
(notaperut : Sampai sekarang, masih tak tau nak beli apa untuk family dan family mertua saya di Malaysia.)

-Mr.F-








-=Hari Pertama@Japan=-

Ini percubaan kedua untuk ke Jepun setelah gagal
pada kali pertama dulu oleh kerana imigresen.
Jadual penerbangan adalah pada pukul 12.55 am @ 0055
pada 5 Disember 2010.
Tetapi aku pergi ke Singapura wal iaitu pada pukul 5,
sebagai langkah awal kalau ada pape problem
di imigresen nanti.

Kali ini aku lalu imigresen di tambak@woodland,
korang nak tau apa yang terjadi?
Peggh... memang sakit hati.
Pegawai imigresen tu cuma amik pasport aku kemudian
tengok muka sama tak dalam passport tue, terus dia lepaskan.
Tanpa cek pun kat sistem... peghh..
bengang betul..... kalau tau dulu lalu ikut tambak je..
Ramai orang cakap imigresen kat situ memang
macm tu, baru tau.

Alhamdulillah, akhirnye aku sampai di Changi
airport lebih kurang pada pukul 7 pm.
Ini menunjukan aku ada 6 jam kene
tunggu kat Changi Airport tu.
huhhu.... dah la aku sengsorang je, memang
kehulu kehilir mencari hala tuju nak amik
boarding pass kat mana, nak check in kat mana,
nak cek imegresen kat mana.

Setelah selesai semua mengharungi cabaran dan
dugaan nak bercakap dengan orang Jepun terutama
bila nak transit flight di Narita Airport, akhirnye aku tiba
di Fukuoka pada pukul 12.30pm (jam jepun).
Masa aku sampai ni, Jepun dah sejuk, tapi under control lagi.

Salah seorang member MCC PSN (Nakamura-san)
telah datang jemput aku untuk bawa ke dormitary lelaki.

Setelah siap semua urusan check in bilik,
bebudak nie ajak aku pergi jusco (AEON MALL).
Biasa tgk kat dalam tv, orang jepun naik basikal,
kali nie aku plak naik basikal kat negara Jepun, heheh.
Basikal nie dormitari yang punye, free, hanya sabtu
dan ahad je boleh guna.
Jadi, kiteorang naik basikal dari dormitary
sampai Onojo station.
Dari Onojo station, naik train sampai Hakata station.

Akhirnye aku berjaya menjejakkan kaki ke Jusco (AEON MALL) Jepun.

Saja je jalan2, bukan nye beli pape pun, mahal.
Lagipun ada masa lagi nak beli barang, baru first day ,
tak kan dah nak shoping kan.. huhuh.
Selepas pergi ke Jusco, aku ngan Jufri pergi Seiyu, beli barang2 sikit.

(notarambut : Baru 1st day sampai dah rasa nak balik. huhu...Rindu sangat kat cik petunang saya sangat-sangat. Saya juga sayangkan Miss N sangat-sangat. ='( )
 
-Mr.F-



{Semua pic akan diletakkan kemudian}








.: [Off E-day] gift :.

hye...
salam 1 malaysia...
1st of all... selamat tahun baru 1432...
semoga thn baru ini, sy menjadi insan yg lebih baik dlm semua aspek..
dan semoga hidup lebih diberkati...

back to topic, rentetan dr hari e-day sy...
sy nk cite psl gift... sikit2 sy cte.. hehehe
lepas 1.. 1... xpe.. jnji cte...
ritu xsmpt nk update..
so skrng.. utang2 kna langsaikn...
utk gift my e-day sy guna kn brown paper beg je..
xtau? ala.. y kt pasar mlm pn byk :p~
beli aym sure dpt.. hehehe...
n pki doily paper.. 

utk x kosong sgt.. sy jst letak pic sy n tunang...
pic tu print sndri... pastuh letak jek double-sided selotape.. settle! hehe
then riben.. simple.. tp byk keje gak..
seb bek ramai y menolong ms last minute...
nk jadikn cerite riben xckp.... isk3..
terpakse sshkn adk rad... xpe la.. pki je riben same kaler..
even xde tulisan thank you... 
hasilnye.....
*tadaaaaaa*


apemcm..? ok x? hehehe.... ok ke x.. xkire.. ckp oke gak.. sbb da bg org pn.. alalala~

so, apekah isi dlm nye?
teka2.... 
em.. oke2... sbb rajin sgt...
sy decide nk buat 'marble cheese brownie'...
brown paper beg nih sy peruntuk kn dlm 150...
nk tgk bntuk dea mcm mn?
nih ha korek2 ade la pic..
tp ms nih xptg2 lg..
1 loyang dpt 16pcs...
sy packing gune polistrin alas dgn doily paper jugak.. :)



dlm 10 loyang gak ler buat.. bersengkang mate...
tlg la jgn tiru care sy yer....
pttnye relax2... tdo cukup nk tunang.. beauty sleep...~
tp.. 
sme nye sy langgar... hehehe

lg 1menu.. bluberry cheese tart.. also packing dlm kontena kck2...
muat2 utk 4pcs bluberry cheese tart...
tang bluberry cheese tart... 
mak sy da sound awl2 suh sub je kt aunty sy...
xbg sy buat.. hehehe...
ank dia nih mmg kalo bole nk buat sume... xsdr tgn ade 2 je.. :p~
sila jgn buat begini utk wedng atau tunang ye.. hehe

notakaki: sy turut berpuas ati dpt menjamu kwn2 dgn bg gift hasil air tgn sndri.. tp turut bersedih bile dgr ade y xdpt gift sy dr pihak FH. sy kurang tu dtgnye dr sy.. semoga akn dtg akn lebih prihatin.

-Miss N-

.: [Off E-day] sweety station :.

hye...
salam ols...
diam xdiam.. da pn sebulan lima hari menjadi tunangan org..
bile belek2 n3 blog sy... nmpknye..
sy lpe nk bg review ttg hasil2 D.I.Y sy...
untuk n3 kali ini sy review psl sweet station lg oke..
so, dlu sebelum e-day sy mmg teringin sgt nk ade sweet station...
lps sy survey2 dlm entry ini dan ini..
maka... impian sy ter'realisasi la sy kire..
hehehehe....
so gabungan kedua2 n3 tuh... dpt la sweet station sy..
walaupon.. xdpt nk buat cik 'macaroon' mcm dlm n3 ini..
kerana masa sgt mencemburui sy ms tu..
terpakse sy lupekn menu sy yg satu itu..

xpe.. jnji... sy puas ati..
dgn ade nye cik zira n cik radiah y sgt membantu sy..
snggup tdo pkol 4 pagi tlg sy...
sy dah xingt nk kna tdo cpt.. nk bg bdn fresh...
semua tolak tepi.. sbb smenye sy y incharge sndri..
nnti satu persatu akn sy cerite kn..

maka, dgn segala idea2 n survey2...
ini la hasil Sweet Station sy...


nmpk x frame tu? sy just google2... nmpk cntik.. cilok.. tuka name.. heheh... sj buat ade2... tema utk my sweet station is 'LOVE IS SWEET' .. dan antara menu2 yg sy buat sndri due to budget ciput selera besar kn...

1. pop cakes

  • nmpk x kt ujung tu? hehe... byk tau act... tp choc sy xcukup utk celupkn sbg topping kt pop cakes sy.. lg2 da pkol 4 pg.. kesian kt cik radiah n my adk utk deco.. so, wt mn y mampu..
  • sy rs pop cake sy gmok2 sgt.. hehe.. sbb tu byk kes jatuh,, sbb terlampau berat..
                                                   *pic dr OP camera.. simple n sweet.. i like..*


                                          * sila abaikan tudung saji oke * pic frm cik Radiah 

           sila la lihat jumlah nye.. kt atas meja sweet station tnggal sikit bukan? hehe..
 byk kes pop cakes nih  melorot ke bwh lidi sbb lebih berat bdn.. 
hehe :p
2. cuppies

  • cuppies meja sweet station
    • deco cuppies utk meja sweet station sgt la simple.. sy xmahu membuang ms.. buat simple s i can.. janji nmpk sweet... sy menggunakan idea y sy survey pd n3 sebelum ini. refer link di atas yer..
    • thanks again to my sister n cik radiah.. mlm sebelum e-day sy, beliau ber2 byk membantu.. tlg cut kn paper n tmpl kn kt lidi comel tu.. sy hanye mencucuk je pd cuppies..
    • paper name kami tu kami memilih kaler turquoise blue.. memandangkn tema asl kaler biru kn..
    • utk buttercream sy bahagikan kepada 3 warna.. soft pink, yellow pastel n soft blue.. 
    • ini la hasilnye 
                                                 *alamak..xckp la..xdpt nk cucuk semua*

  • cuppies hantaran
    • sementara wt cuppies meja sweet station, smbil2 kukus cuppies hantaran...
    • deco idea pn telah sy nyata kn kt link2 n3 di atas...
    • memandangkn ade pop cakes y lebih.. sy tuka letakkan sedikit pop cakes pd 3 tier hantaran tu.. letak pd tingkat atas skali...
    • buttercream kaler pink tu kurang manis.. hehe.. sbb cik radiah y xberpengalaman kurang letak gula pd air gula ms nk bncuh buttercream.. xpe :) ape pn da jd.. thanks makcik.. hehehe
    • ingt2 blk.. klaka la.. xperience utk beliau yer..



notakaki: puas melihat idea menjadi kenyataan..

-Miss N-

.: he's leaving :.

selamat malam...
lame rsnye x blogging kn...
FH pn da bertnye.. hehehe..
bkn ape.. ke'bz'an melanda..
byk n3 akan menyusul...
nntikn ye...

so, tonite just a simple n3.. ask panjang berjela..
kte singkatkn... hehehe...
tonite my FH d bawa pergi....
d bawa pergi melalui ruang udara,,, ke jepong..
oh tidak... gonna miss u FH...
pls.. pls.. pls.. jgn g lm2...
rs mcm incomplete je... lg2 bile da salu sm2 kn... :'(
he is my the other half..

it's ok... kna kuat nk menghadap 3mnggu ni.. :)
kna jage mkn.. bwk kete leklok..
hehehe.. nnti FH marah..

pg td smpt berdating dgn FH...
memandangkn pkol 11 xde muvi lg kt pelangi *hampeh*
jd g la jln2 kt pesta buku Danga city mall..
da lapaq dok ask tgk resepi je.. g la mkn kt pizza damansara aliff...

ms otw nk g pelangi...
tibe2....
FH berenti kn kete kt bahu jalan..
cube teka.. ape yg jadi..
jeng... jeng...

*suprise*
ttttarrrraaaaaa~~~


mood sgt suke oke...
FH secara drastik memberi bunge...
mmg speecheless... thanks FH...
sgt sweet.....
love u more...more..moree.... n more2... until infiniti...
enjoy ur trip kt jepong sn yer...

notakaki: FH br naik flight... semoga semua nye selamat hendaknye.. amin..

-=Kasih ku Sampai ke Syurga=-

Assalamualaikum..

Hari ini 28 Nov 2010, sepatutnye
dah ada kat Jepun dah.
Tetapi disebabkan ada beberapa masalah,
aku telah dihalang oleh imegrisen Malaysia
untuk keluar negara.
Emm... memang pasrah gile
perasaan masa tu.
Macam-macam perasaan ada.
Dalam masa yang sama,
aku terus telepon Atok (Hirota-san), 
Richard, Iskandar berkenaan keadaan aku 
masa tu.

Memang serabut sangat-sangat
masa tu...
aku fon mak dan cik buah hati saya.
Kat Miss N je la tempat saya nak cite.
Saya tak de sesapa untuk jadi pendengar
masalah saya masa tue..
Ya Allah, hanya dia je yang tahu perasaan
aku masa tue mcm mana.

Sampai rumah pun,
perasaan tu masih lagi tak tenang,
sunyi, serabut.
Nak selalu sms ngan Miss N masa tu.
Tak nak kene tinggal sekejap pun.
 Saya perlukan dia sangat-sangat masa tu,
sampai la sekarang ini, 
Miss N tetap ada
selalu dengan saya,
sms saya.
Walaupun dia sibuk dengan majlis kawin sepupu
di Tenggaroh.

Uwaa.....
Saya sayangkan Miss N sangat-sangat,
saya perlukan dia sangat-sangat untuk 
hari-hari akan datang.
Saya cuma nak Miss N dalam idup saya.

"Miss N berada dalam mata hati saya"






(notatangan : Terima kasih sayang......)

-=Perjalanan Majlis=-

Assalamualaikum...

Hari ini saya dapat tahu dari cik petunang saya
yang sedang bercuti di Indon
bahawa baju nikah dia dah siap.
Dan Miss N nak tgk dulu,
kalau ada pape yang tak kene ke..
Saya nie ketinggalan ngan fesyen2 baju nie.
Jadi saya follow je la cik petunang saya ini.. =D

Tadi saya dah terima duit
advance sebanyak 142000 Yen untuk
business trip saya nanti..
Kalau amik rate 0.038, lebih kurang bersamaan
RM5396.
Tapi duit nie bukan fully saya punye, elaun saya
cuma 93200 Yen je, yang selebih nye duit
transport untuk pergi kerje,
kalau ada lebih duit transport nie kene pulang balik.. 
cuma duit elaun je amik. Hahaha...

Ok Ok.. Kembali semula ke tajuk diatas.
"Perjalanan Majlis"
Dah tentu la majlis kawin kami..
tak kan majlis perasmian kedai pameran kereta pulak kan..


Seperti yang sedia maklum, kalau kite
lihat pada majlis-majlis sebelum ini,
ada je benda yang orang nak komen,
ini tak de la, itu tak de la,
dan mcm-mcm lagi..
Biasa la... idup dalam bermasyarakat,
mesti ada banyak mulut yang mengata.


Pada pandangan saya,
mungkin pihak pengantin dah rancang
dan susun sebaik mungkin untuk majlis nye
sebelum itu,
tetapi pengantin terlupe bahawa pada hari kejadian
tersebut yang menguruskan majlis bukan 
nye pengantin tersebut, tetapi ahli keluarga.


Emmm.... cube imagine, yang susun dan rancang
majlis adalah pengantin, 
lagi parah bile pengantin cume susun dan rancang
cume pakai lisan sahaja,
tanpa itam dan putih (sebarang bentuk penulisan untuk 
dijadikan rujukan semasa hari kejadian),
dan semasa hari kejadian yang menguruskan majlis 
adalah ahli keluarga,
pengantin masa nie dah lepas tangan dah.
Ahli keluarga pulak ada berapa kepala nak ikut nanti?
Ada yang suruh buat ini, ada yang suruh buat itu.
Last2, semua yang dirancang tak jadi..
Setuju tak?

Jadi disini, saya nak cube adakan skrip perjalanan majlis
untuk dijadikan rujukan semasa hari kejadian.
Dengan adanye skrip ini,
sekurang-kurang nye kite dapat gambaran awal
mcm mana dengan situasi dan keadaan pada
hari kejadian.
Apa yang ada kat dalam skrip ni?
tengok contoh skrip kat bawah nie.


Skrip Majli Pembukaan Wajadiri




Masa

Masa nie penting supaya majlis tak delay.
Dan dapat tahu secara detail majlis 
pada hari tersebut macm mana.


Aturcara majlis

Yang nie tgk la contoh skrip kat atas...
Mesti paham punye.
Kat sini memang kene detail seberepa yang detail..
Nak buat part nie bukan satu kepala je,
kene bincang ngan family gak.
Dapat kata sepakat.


Nota

Ok, kat sini pun important jugak.
Kebiasaan nye, akan diletakkan PIC untuk setiap
item yang di tulis didalam Aturcara majlis tu.
Kenapa kene letak PIC ini?
Supaya masa hari kejadian, 
tidak akan ada banyak arahan yang datang 
untuk buat itu ini.
Jadi, sepanjang majlis berlangsung, hanya 
valid arahan PIC untuk setiap item yang ditulis dalam skrip itu sahaja.

PIC-PIC trsebut hanya valid untuk sesuatu item
yang ditugaskan sahaja, tetapi
bagaiaman pula dengan pantauan overall majlis tersebut, kot-kot
ada PIC yang tido.
Satu lagi jawatan 'Floor Manager' akan diwujudkan untuk
tugas tersebut.
Kirenye Floor manager ini adalah boss kepada PIC-PIC tadi.
Floor manager akan pantau dari awal majlis sehingga majlis selesai. huhu..

Nampak complicated kan. Tetapi kalau nak perjalanan majlis
tu lancar, ini la caranye.
Nanti kami cube apply pada majlis kami.
Tunggu result nye nanti k.

Untuk menjayakan plan ni, bukan mudah.
Kene dapatkan komitment semua pihak.
Kene briefing kepada semua ahli keluarga yang
terlibat menguruskan majlis perkahwinan kami nanti.
Dan setiap sorang mesti ada salianan skrip ini,
supaya tak timbul masalah tak tahu la, 
tak ingat la, terlupe la, dll.

(notatangan : Nampak mcm beriye kan, siap ada skrip bagai. tapi
nak try gak buat. Biar nampak teratur sikit majlis nanti.)

-=Secara Kasar=-

Selamat malam semua..

 Hari ni 23 November 2011, hari ke-2 cik petunang saya berada di Bandung
untuk holiday...
Miss N ada SMS dgn saya, citer tempat2 yang dia pergi..
huhuh.... nampak hepi je cik petunang saya itu...
Saya pulak tinggal lagi 4 hari untuk berlepas ke 
Fukuoka, Jepun selama 21 hari...
Cian cik petunang saya kene tinggal 3 minggu..
Cintaku tertinggal di Malaysia...... =D

Kembali kepada topik di atas..
Saya dan Miss N ada membuat beberapa tinjauan,
seperti bridal untuk pelamin, khemah, deco khemah,
make up raja sehari, fotographer dan macm-macam lagi...

Di sini saya ada list kan beberapa item
yang mungkin listing awal secara kasar
daripada saya untuk wedding kami nanti  :

PIHAK PEREMPUAN DULU.

1. Nikah :
- Area untuk pengantin perempuan duduk.
- PA sekiranye perlu
- Pakaian pengantin lelaki(dah ada) dan perempuan(sedang cari).
- nikah props (kene perincikan lagi)
- Hantaran dua-dua pihak(5 vs 7).
- Make up pengantin.
- Photographer & videographer (sedang ushar2 lagi)
- Kursus kahwin (dah pergi?)
- Appointment dengan Tok Qadi.
- Deco bilik tidur.



2. Bersanding :
- Pelamin (dah decide bridal)
- Make up pengantin.
- Reception props.. (ini kene perincikan lagi)
- Kanopi + deco (dah jumpe nak yang mcm mana)
- Floor manager (sape sesuai?)
- Persembahan (zapin, silat etc)
- PA system
- MC dan DJ (sedang didalam perbincangan)
- Deco meja makan berdamai 
(tak pernah gaduh pun, tetibe kene berdamai. konfius =D) 
- Menu makan berdamai.
- Kek
- Photographer + videographer
- Cake area.
- Gift
-Makanan
- Banner, poster
- Kad jemputan


3. Khatam Al-Quran :
- Pakaian pengantin
- Area pengantin duduk.
- Gift.
- Jemputan.
- Makanan
- Appointment dengan Ustazah


Emm... setakat ini itu je dulu yang terpikir buat masa ini,
kalau ada pape, nanti edit dan topup...
Ada banyak step lagi ini untuk membuat persiapan,
yela, cube buat yang terbaik untuk majlis sendiri.
Kesilapan masa majlis mesti ada, 
tetapi cube nak minimiz kan 
kesilapan tu. 
Lagipun, semasa majlis kami tu berlangsung, 
kami dah jadi VIP masa tu,
semua tugas2 di serahkan kepada
ahli keluarga yang dipantau oleh
floor manager yang di tentukan nanti 
supaya tak kelam kabut dan nak kurangkan kekurangan
semasa majlis.

(notakaki : Cik Petunang saya tak balas pun SMS saya, saya cube nak call
tapi tak berjaya, mcm ne nak call cik petunang saya ek...)


Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click