Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

.: Air Asia Promotion :.

tengok-tengok...
title pun sudah best kan..
sekarang Air Asia ade membuat promotion untuk tiket start frm RM5..
jadi.. 
tunggu apa lagi...
jom pegi tgk... 
promotion ini start dari 22/2 sampai 27/2..
mana tahu bg b2b yang akan melangsungkan perkahwinan dalam promotion period ..
siapa tahu dapat pergi honeymoon dengan less budget...
tiket murah-murah... 
meh ramai-ramai pergi usha web AirAsia




notakaki: planning for future holiday with future hubby.. hehe :)

-Miss N-

-=Aktiviti-aktiviti pagi=-

Ni la first time kami sama-sama melakukan aktiviti
pagi iaitu 'berjogging'..
Emm.. sebenarnye dah lama plan,
kali ini barulah tercapai.
Kami berjongging di Taman Bunga Istana Johor.
Agak ramai juga orang.



Sebenarnye kami tak banyak jongging pun,
cume nak jalan-jalan, bual-bual,
sambil tengok-tengok gelagat orang yang ada kat sana.

(notakaki : Miss N, stamina dah cukup? hehehe)

-Mr.F-

.: Mision = Official Photographer :.

moment?
gambar?
siapakah insan yang bertanggungjawap 
untuk merakamkan setiap moment yang ada untuk hari yang bersejarah?

photographer?
bagi saya..
incik-incik photographer adalah orang yang paling penting 
untuk 
merakamkan setiap detik- bersejarah.
nama pon sejarah... jadi sampai bila-bila pun akan di lihat.. di belek..
di jadikan kenangan..
jadi tidak lengkaplah jika ada majlis perkahwinan tetapi tiada jurukamera...
jurukamera? hehe.. 
lama xsebut jurukamera..
jadi
kami juga memerlukan khidmat phographer..
memadangkan kami ni ank jati johor...
dan majlis dedua pihak pun di Johor...
secara tidak langsung..
kami akan meng'hire' photographer kami yang base nye di Johor..
*sebenarnye jimat kos.. x gitu? 
hehehe ;p

kami telah meng'survey' bakat-bakat incik2 photographer kita yang berada di sekitar Johor...dan telah di shortlist kn..
calon-calon nya seperti di bawah :)


1. Razali Photography
2. Trisno Photography
3. Artisme Republic

yg mana menjadi pilihan kami? nanti kn... :)

notakaki: susah mahu membuat pilihan ini.. uhuk~


-Miss N-


.: Mission - Official Videographer :.

dimana saya mencari videographer?
banyak yang saya jumpa dari KL...
kos membawa mereka ke sini sahaja sudah jejak 3 angka...
tuh semestinya...
mungkin b2b yang banyak survey berkenan dengan OP or OV yang memerlukan claim milage..

telah tetang extra charge.
milage charge.
accommodation charge. 

mungkinkah saya ada terlepas pandang mana-mana videographer dari Johor?
huhuhuhu.......
setakat ini saya sedang intai-intai seorang videographer dari Johor.
masih dalam perbincangan...

lihat lah hasil-hasil mereka yang hebat ini:


ada x videographer jb yang hasil mcm ni?
walaupon xsehebat mereka...
dapat lebih kurang pun pasti da bersyukur :)

notakaki: nampaknya kena banyak buat survey lg lepas ni.. huhu

-Miss N-


.: Mission - Cake Deco :.

cake?
oh saya sangat suka kan part ini...
walhal pada mulanya saya sama sekali tidak mahu kan upacara potong kek...
reason?
xtahu lah.. mungkin saya tidak nampak kepentingan nya.
tetapi selepas berbincang dengan Mr. F, beliau prefer untuk mengadakan juga upacara memotong cake..
jadi, saya hanya follow kehendaknya :)
terus excited dan carik vendor untuk tempahan cake...

saya telah mempunyai pilihan vendor sendiri..
dan setakat ini saya lihat semua hasilnya tidak mengecewakan..
saya harap dia dapat merealisasikan cake impian saya..
insyallah..

jom kita bercerita tentang deco cake...
part yang paling interesting saya kira...

deco... tema.. warna...?
menggunakan fondant, buttercream, steam buttercream, fresh cream?
flavor?
2 tier.. 3 tier.. or 5 tier?
hehehe.....

siapa yang berminat mahu jawap?
jom lihat antara deco cake yang berkenan di hati saya...
simple n nice...

heart this one.. so elegant..

nice combination color.. i like~

nice shape... mesti mahal ni kalau request bentuk macam ini

sangat simple.. suka~~

siap ade bulu lagi.. hehe.. tapi cute

love the ribbon... 

;))

nampak mewah gitu kn.. nak potong pon sayang ni..

yang mana menjadi pilihan hati saya?
mata sudah rambang...
tetapi apa pun saya perlu berbincang dengan vendor saya tentang deco and cost..
yang penting budget...
;))

notakaki: nak pilih mana satu? mungkin memerlukan khidmat Mr F tentang ini... hehe... ~

-Miss N-

.: Pameran Pengantin Feb 2011 :.

tadaaa~~...
sila teruja... heheh
pameran pengantin kembali lagi di Angsana...
yes.. again... :)

jom ramai-ramai pergi memeriahkan lagi event kali ini..



notakaki: saya telah booked bridal utk majlis saya, even lama lagi.. ape salah nye cuci mata lagi kn? untuk bertandang maybe? hehe

-Miss N-

-=My Pet, Fiffy=-

Emm.... sebenarnye hari ini plan nak post
out of topic daripada persiapan perkahwinan kami.
hahahah.....

Ni haa subjet utama pada kali ini........


 Fiffy !!! 
(Bukan Senduk Fiffy yang kat Hot FM tu ek.)


Posing depan kamera.


Ini la kucing saya....  Pada 2 tahun lepas saya beli dengan
harga RM600 dari sebuah kedai binatang peliharaan "Global Pet".
Tarikh lahir dia 14.12.2008, Female.


Ni ha gambar Fiffy masa baru  sampai dirumah....


Fiffy sedang memerhati.

 
Masa ni, Fiffy tak kenal lagi sapa tuan dan rumah baru Fiffy..  
Kerja dia asyik nak lari dan menyorok je... 
Jumpa almari, nak sembunyi bawah almari, 
jumpa orang nak lari.. heheh,, last-last, 
kene tambat dan ikut dia berjalan-jalan untuk kenal  
persekitaran dalam rumah.

Sebelum beli Fiffy ni, ada la beberapa ekor 
binatang yang saya sudah cuba untuk  membela, 
ikan (pelbagai jenis, mati sebab.... tak tahu sebab kenapa), 
kura-kura  (mati sebab masih kanak-kanak lagi), 
hamster (mati sebab jangka hayat tidak panjang,mati tua).

Dan 2 tahun lepas itu, plan nak bela kucing, 
plan kucing mix parsi yang ada di kedai-kedai pet. 
Sebab kalau hendak beli original parsi, tidak mampu la.. 
Saya pun cuba mencari-cari, survey-survey je dulu... 
Tengok-tengok di Bandar Putra je, ada 2 kedai pet, 
Global Pet dan sebelah dia kedai pet apa ntah. Maaf terlupe.
Kedai Global Pet dah tiada anak kucing yang hendak dijual,
dan kedai sebelah Global Pet tu ada 2 ekor anak
kucing mix parsi yang hendak dijual.

 Sasaran yang pertama.


Sasaran yang kedua.


Huhuhu.. tertarik dengan anak kucing tu,,, 
Pada hari Isnin selang seminggu selepas tu memang 
dah nekad nak beli kucing dah, target kucing tadi.. Tapi  
kedai tu tutup plak setiap Isnin.. Hampa gila nie....  
Target memang nak beli kucing juga hari tu,  
terus pergi Taman Universiti,Skudai, pertama pergi kedai  
Pet Master, pun tak de, stok kucing tak de, 
bulan depan ada, peghh,, ingat macam nak beli gula ke apa....

Kemudian terjumpa pula kedai Global Pet cawangan 
Taman  Universiti, YES, YES,,, kat situ ada 2 ekor anak kucing,,, 
salah seekor nya Fiffy dan seekor lagi warna putih..  Apa lagi,, 
terus rembat Fiffy.. HOYEH - HOYEH !!!!

Satu  pengalaman saya yang 
best semasa membeli pet di Global Pet ini, 
sebelum  mereka serah kan 
Fiffy kepada saya, doktor haiwan di situ 
membawa saya masuk ke dalam bilik doktor
bersama-sama Fiffy. Doktor memberi penerangan ringkas bagaimana
nak bela kucing, apa yang boleh, apa yang tidak boleh, last 
sekali ada sedikit sesi soal jawab. Interesting bagi saya. 
Sebab kedai tersebut tidak menyerahkan bulat-bulat 
Fiffy kepada saya tanpa sebarang penerangan ringkas. 
Kat tempat lain saya tak tahu 
la macam mana caranya. Dan pet-pet yang berada di bawah jagaan  
Global Pet untuk dijual, semua nya di dalam keadaan baik. 
tidak seperti kedai pet lain, kesian tengok keadaan pet tu, 
keadaan bulunya yang kusut, tak tau la sihat ke tak.

Semasa membeli Fiffy, 
disertakan sekali dengan sekeping kad kesihatan Fiffy.  
Peghh, baru tahu, binatang pun ada kad kesihatan...  
Di dalam kad kesihatan tu ada rekod suntikan 
vaksin dan rekod kesihatan bile setiap kali datang untuk membuat 
rawatan di klinik Global Pet. Setakat hari ini Fiffy dah kena 4 suntikan  
vaksin yang mana 3 kali suntikan pada 3 bulan pertama kelahiran 
dan kemudian suntikan vaksin susulan setiap tahun sekali.



 

 Muka hadapan kad kesihatan Fiffy.


 Muka dalam Kad kesihatan Fiffy.


Makanan? Global pet 
suggest kan IAMS untuk Fiffy.. Saya pun yang memang tak  
tahu apa-apa pasal membela kucing ni terus accept je la.. 
 Sebelum ini saya fikir Frieskies tu dah dikira makanan terbaik 
 untuk kucing, rupanya ada lagi  makanan kucing gred 
baik. Seperti IAMS, Royal Canin, Science Plan... 
Baru-baru  ini saya cube nak tukar makanan Fiffy 
kepada Royal Canin (lagi mahal siut..  huhuh).

Royal Canin - Hair & Skin (Skin & Coat Care)
*Result : The coat gets significantly glossier after
3 weeks. (Royal Canin study, 2006)
Effect visible after 21 days exclusive use of
HAIR & SKIN 33.



IAMS


Royal Canin 

 
Selain itu, seminggu sekali, 
Fiffy nie akan dimandikan... Saya pilih syampu Fido 
untuk mandikan Fiffy. Sebab nya, bau dia wangi.. itu je... 
hehehe. Masa mandi tu tak la susah... Tapi yang 
mencabarnye semasa nak keringkan bulunya yang agak panjang tu. 
Adoi.. seksa betul... Kerja dia asyik nak gigit je.. 
Fiffy tak suke betul time nak keringkan bulu tu.. 
Tu yang lepas mandikan Fiffy, 
tangan calar balar macam kerja kat ladang nenas.. heheh....


Sedang mandi.

 
 Sepanjang saya membela Fiffy ni, sakit tu tidak ada lagi. 
Cume ada beberapa masalah kesihatan kecil-kecil je.

Pertama - Bulu gatal-gatal.. Fiffy asyik garu-garu 
bulu sampai banyak bulu yang tercabut di sebabkan garu-garu tu. 
Fiffy ini memang tinggal di rumah je, 
keluar pun sekali sekala dengan pantauan orang. 
Kalau tak, memang ilang la kena sebat dengan orang. 
Pergi Klinik Global Pet, dan doktor cakap ada hama kat 
bulu Fiffy, yang mana masih di dalam peringkat terkawal. 
Mungkin disebab kan bulunya yang panjang, 
Fiffy susah nak grooming dirinya sendiri. Doktor bagi 
ubat Frontline Spot On Cat untuk matikan semua binatang-binatang 
yang menumpang kat badan Fiffy... Setiap bulan sekali letak ubat tu. 
Alhamdullillah sekarang ok.


Frontline Spot On Cat


Kedua - Telinga Fifty problem.. hehe,, 
bukan nya problem apa, selalu kotor telinga Fiffy tu. 
Padahal kerap bersihkan telinga Fiffy..  Tu yang suspect 
telinga dia problem. Bawa pergi jumpa Doktor kat klinik Global Pet. 
Doktor amik sampel dan cek kat mikroskop.. huhuh.. Omaigodd... 
Ada binatang tumpang kat telinga dia pula... Hampeh betul... 
Macam biasa doktor bagi ubat telinga dan air cuci 
untuk membersihkan telinga Fiffy sebelum titiskan ubat telinga. 
Dan sekarang semua nye OK....


Ubat telinga.


Emm,, itu secara ringkas ceritanya.
Nanti sambung cerita lain pasal Fiffy ni.
OK?
Di bawah ini ada beberapa gambar Fiffy yang lain.


















(notakaki : Esok nak ke KL untuk settle kan baju nikah Miss N.)

-Mr. F-

-=Travel Fair=-

Baru-baru ni Miss N (cik petunang saya)
ada memberi tahu ternampak papan tanda 
MATTA fair. Dia kata MATTA fair tu bulan Mac.
UIKKK,,, pelik,, sebab sebelum itu saya ada survey-survey
di web MATTA ini, jadual fair untuk di Johor akan diadakan pada 
bulan Julai, tak kan tetibe boleh jadi bulan Mac.


Bile cek sekali lagi,, a'ah la,,, bulan Mac..
Omaigodd.... sejak bile dia revised jadual nie..
Nasib baik tak terlepas.
Yela nak cari tempat honeymoon nanti.. hehehe..


http://www.matta.org.my/event/

Sebenarnye ni first time nak pergi MATTA fair ni.
Mcm mana keadaan suasana keadaan masa fair tu pun
tak tahu lagi.
Apa-apa pun, memang kedatangan MATTA fair 
sangat dinantikan pada ketika ini.. hahaha..


(notakaki : Selain MATTA fair, ada lagi satu taravel fair anjuran MITM.
Kalau MITM ada pun nanti nank pergi juga.)


-Mr. F-

.: my nikah outfit :.

bercakap pasal baju nikah...
soalan biasa yang akan kita dengar...
apakah warna nya?
design nya?
tailor nya?
kos nya?

saja tayang baju tunang yang saya sewa dahulu :)
sopan gitu.. ala-ala jubah...




semua soalan di atas telah terjawap kerana baju nikah saya telah siap...
siap ye kawan-kawan... 
hehehe....
tapi... 
masih perlu untuk make up kan baju saya agar kelihatan berseri...

seperti saya nyatakan dahulu, tujuan saya ke Bandung bukan la berjalan semata-mata..
:)
saya mahu cari kain...
saya memilih D'Fabric..
saya membeli semua kain utk weding saya di sini.
ok!

untuk cik-cik bridesmaid
planning saya mempunyai enam org bridesmaid..
saya membeli baju mereka di sana..
kain 2 tone.. bukan chiffon, x ingat la jenis dia apa..
yang pasti xjarang...
saya beli warna hijau.. memadangkan lerang nya besar,
maka seorg ckp lah dengan 3.5meter je..
saya membelinya 21 meter dengan harga nya RP35000 semeter.

baju nikah 
saya telah decide utk membeli plain chiffon dan satin silk untuk lining.
untuk design yang saya mahu kan...
saya memerlukan

6meter - satin silk  (RP130 000/meter)
8meter - chiffon     (RP 30 000/meter)

kos upah membuat baju 
RP600000

saya telah membuat survey, rata-rata upah kos jahit sama untuk kebanyakan kedai di Bandung.
setelah pergi ke Bandung, 
dan membuat perbandingan
saya rasa berbaloi jika mahu membeli kain lace dan upah buat disana.
jika menggunakan material seperti saya yang menggunakan plain chiffon..
bagi saya sama sahaja dengan kos di sini.
saya tepek kan sedikit gambar baju nikah saya...
suku je.. nnti x suprise...
tetapi, baju ini belum tambah beads...
saya akan hantar baju saya ke seseorg untuk tambah beads..
hasilnya kita sama-sama tunggu ok.. :)




notakaki: nervous mahu lihat sentuhan terakhir baju nikah selepas tambah beads.. doakan semua nya ok.. :)

.: Soufto Dinner picca:.

masih ingat entri ini ?
untuk memenuhi janji saya..
saya akan letak sedikit picture dinner kami..
picture tidak banyak.. saya ambil dari page officemate saya..
sorry ye geng :)

tema of the night


Tanaka san, speech frm japan :)


raihan n me..




best employee.. nik san




chiken dance... 
represent...
our new bos.. Ikuhiro san.. wif GM Nakamura san



last but not least... me n cik sri.. :)

notakaki: tunggu next year punye dinner pula ye.. :)

ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click