Feb
12
Emm.... sebenarnye hari ini plan nak post
out of topic daripada persiapan perkahwinan kami.
hahahah.....
Ni haa subjet utama pada kali ini........
Fiffy !!!
(Bukan Senduk Fiffy yang kat Hot FM tu ek.)
Posing depan kamera.
Ini la kucing saya.... Pada 2 tahun lepas saya beli dengan
harga RM600 dari sebuah kedai binatang peliharaan "Global Pet".
Tarikh lahir dia 14.12.2008, Female.
Ni ha gambar Fiffy masa baru sampai dirumah....
Fiffy sedang memerhati.
Masa ni, Fiffy tak kenal lagi sapa tuan dan rumah baru Fiffy..
Kerja dia asyik nak lari dan menyorok je...
Jumpa almari, nak sembunyi bawah almari,
jumpa orang nak lari.. heheh,, last-last,
kene tambat dan ikut dia berjalan-jalan untuk kenal
persekitaran dalam rumah.
Sebelum beli Fiffy ni, ada la beberapa ekor
binatang yang saya sudah cuba untuk membela,
ikan (pelbagai jenis, mati sebab.... tak tahu sebab kenapa),
kura-kura (mati sebab masih kanak-kanak lagi),
hamster (mati sebab jangka hayat tidak panjang,mati tua).
Dan 2 tahun lepas itu, plan nak bela kucing,
plan kucing mix parsi yang ada di kedai-kedai pet.
Sebab kalau hendak beli original parsi, tidak mampu la..
Saya pun cuba mencari-cari, survey-survey je dulu...
Tengok-tengok di Bandar Putra je, ada 2 kedai pet,
Global Pet dan sebelah dia kedai pet apa ntah. Maaf terlupe.
Kedai Global Pet dah tiada anak kucing yang hendak dijual,
dan kedai sebelah Global Pet tu ada 2 ekor anak
kucing mix parsi yang hendak dijual.
Sasaran yang pertama.
Sasaran yang kedua.
Huhuhu.. tertarik dengan anak kucing tu,,,
Pada hari Isnin selang seminggu selepas tu memang
dah nekad nak beli kucing dah, target kucing tadi.. Tapi
kedai tu tutup plak setiap Isnin.. Hampa gila nie....
Target memang nak beli kucing juga hari tu,
terus pergi Taman Universiti,Skudai, pertama pergi kedai
Pet Master, pun tak de, stok kucing tak de,
bulan depan ada, peghh,, ingat macam nak beli gula ke apa....
Kemudian terjumpa pula kedai Global Pet cawangan
Taman Universiti, YES, YES,,, kat situ ada 2 ekor anak kucing,,,
salah seekor nya Fiffy dan seekor lagi warna putih.. Apa lagi,,
terus rembat Fiffy.. HOYEH - HOYEH !!!!
Satu pengalaman saya yang
best semasa membeli pet di Global Pet ini,
sebelum mereka serah kan
Fiffy kepada saya, doktor haiwan di situ
membawa saya masuk ke dalam bilik doktor
bersama-sama Fiffy. Doktor memberi penerangan ringkas bagaimana
nak bela kucing, apa yang boleh, apa yang tidak boleh, last
sekali ada sedikit sesi soal jawab. Interesting bagi saya.
Sebab kedai tersebut tidak menyerahkan bulat-bulat
Fiffy kepada saya tanpa sebarang penerangan ringkas.
Kat tempat lain saya tak tahu
la macam mana caranya. Dan pet-pet yang berada di bawah jagaan
Global Pet untuk dijual, semua nya di dalam keadaan baik.
tidak seperti kedai pet lain, kesian tengok keadaan pet tu,
keadaan bulunya yang kusut, tak tau la sihat ke tak.
Semasa membeli Fiffy,
disertakan sekali dengan sekeping kad kesihatan Fiffy.
Peghh, baru tahu, binatang pun ada kad kesihatan...
Di dalam kad kesihatan tu ada rekod suntikan
vaksin dan rekod kesihatan bile setiap kali datang untuk membuat
rawatan di klinik Global Pet. Setakat hari ini Fiffy dah kena 4 suntikan
vaksin yang mana 3 kali suntikan pada 3 bulan pertama kelahiran
dan kemudian suntikan vaksin susulan setiap tahun sekali.
Muka hadapan kad kesihatan Fiffy.
Muka dalam Kad kesihatan Fiffy.
Makanan? Global pet suggest kan IAMS untuk Fiffy.. Saya pun yang memang tak
tahu apa-apa pasal membela kucing ni terus accept je la..
Sebelum ini saya fikir Frieskies tu dah dikira makanan terbaik
untuk kucing, rupanya ada lagi makanan kucing gred
baik. Seperti IAMS, Royal Canin, Science Plan...
Baru-baru ini saya cube nak tukar makanan Fiffy
kepada Royal Canin (lagi mahal siut.. huhuh).
Royal Canin - Hair & Skin (Skin & Coat Care)
*Result : The coat gets significantly glossier after
3 weeks. (Royal Canin study, 2006)
Effect visible after 21 days exclusive use of
HAIR & SKIN 33.
IAMS
Royal Canin
Selain itu, seminggu sekali,
Fiffy nie akan dimandikan... Saya pilih syampu Fido
untuk mandikan Fiffy. Sebab nya, bau dia wangi.. itu je...
hehehe. Masa mandi tu tak la susah... Tapi yang
mencabarnye semasa nak keringkan bulunya yang agak panjang tu.
Adoi.. seksa betul... Kerja dia asyik nak gigit je..
Fiffy tak suke betul time nak keringkan bulu tu..
Tu yang lepas mandikan Fiffy,
tangan calar balar macam kerja kat ladang nenas.. heheh....
Sedang mandi.
Sepanjang saya membela Fiffy ni, sakit tu tidak ada lagi.
Cume ada beberapa masalah kesihatan kecil-kecil je.
Pertama - Bulu gatal-gatal.. Fiffy asyik garu-garu
bulu sampai banyak bulu yang tercabut di sebabkan garu-garu tu.
Fiffy ini memang tinggal di rumah je,
keluar pun sekali sekala dengan pantauan orang.
Kalau tak, memang ilang la kena sebat dengan orang.
Pergi Klinik Global Pet, dan doktor cakap ada hama kat
bulu Fiffy, yang mana masih di dalam peringkat terkawal.
Mungkin disebab kan bulunya yang panjang,
Fiffy susah nak grooming dirinya sendiri. Doktor bagi
ubat Frontline Spot On Cat untuk matikan semua binatang-binatang
yang menumpang kat badan Fiffy... Setiap bulan sekali letak ubat tu.
Alhamdullillah sekarang ok.
Frontline Spot On Cat
Kedua - Telinga Fifty problem.. hehe,,
bukan nya problem apa, selalu kotor telinga Fiffy tu.
Padahal kerap bersihkan telinga Fiffy.. Tu yang suspect
telinga dia problem. Bawa pergi jumpa Doktor kat klinik Global Pet.
Doktor amik sampel dan cek kat mikroskop.. huhuh.. Omaigodd...
Ada binatang tumpang kat telinga dia pula... Hampeh betul...
Macam biasa doktor bagi ubat telinga dan air cuci
untuk membersihkan telinga Fiffy sebelum titiskan ubat telinga.
Dan sekarang semua nye OK....
Ubat telinga.
Emm,, itu secara ringkas ceritanya.
Nanti sambung cerita lain pasal Fiffy ni.
OK?
Di bawah ini ada beberapa gambar Fiffy yang lain.
(notakaki : Esok nak ke KL untuk settle kan baju nikah Miss N.)
-Mr. F-
4 comments:
fifyyyyyyyyyy
nak colek bule? hahahaha
xbole2... hahah~
masa beli fiffy ni, apa yang diorang tanya?
Post a Comment