Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Pulai Utama Management=-

Assalamualaikum...
Ape ke hal la dengan tajuk post kali ini kan..
hehe... Tajuk tersebut tiada kene mengena langsung pun
dengan syarikat jualan langsung, MLM, bisnes-bisnes, mahupun
syarikat mencari kerja.
Lalalala........
Ok la, senang citer, saya pergi Kursus Kahwin la.....

"Pulai Utama Management merupakan sebuah syarikat 
pengurusan yang menawarkan perkhidmatan Kursus 
Pra Perkahwinan Islam di Johor Bahru. 
Matlamat nya adalah untuk memberi 
kursus pra perkahwinan serta khidmat nasihat berkaitan 
perkahwinan. Di samping itu juga, pihak syarikat 
mendapat kebenaran dari 
Jabatan Agama Islam dan JAKIM."
-di copy dari laman web syarikat.
Saya telah pergi bersama-sama dengan future wife 
pada 22 dan 23 Januari 2011 di Hotel
Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru.
 Hotel Seri Malaysia Larkin.


Semua orang yang pergi ke kursus ini,
dengan niat hanya nak mendapatkan sekeping
sijil pra-perkahwinan untuk meneruskan
niat masing-masing untuk berkahwin dengan pasangannya.

Huhuh.... Sama gak la dengan saya.
Belum apa-apa, niat dah tak betul,
datang hanya nak kan sijil saja.
Teruk betul kan... hehehe

Oleh kerana saya telah pun membayar yuran kursus ini,
saya pun pergi dengan Miss N.
Oh ya, tentang bayaran, bayaran yang di cas tak
mahal pun, RM120 sahaja. Daripada korang
pergi gune RM120 untuk karok, lebih baik pergi
bagi duit tu kat ustaz-ustaz yang bagi ceramah.
Sudah tentu ustaz tak akan gunakan duit tu
untuk berjudi mahupun membuat benda yang tidak elok. =)
Huhuhuhu..........

Bayaran ini termasuk penceramah (ada 12 slot), 
makanan (pagi dan tengahari) dan modul.
Berserta, jika nasib baik, mungkin sebelum balik
berjaya membawa 1 hadiah cabutan bertuah.
Kursus pra-perkahwinan = cabutan bertuah?
hahaha, itu la kenyataan.

Resit rasmi.


Oh ye, untuk pengetahuan, ini kali kedua 
saya telah menghadirkan diri ke kursus pra-perkahwinan.
Kali pertama dulu masa belajar di UTM, anjuran HEP UTM, 
bayaran cuma RM60. Tu yang pergi tu. hehe..
Untuk kursus yang kali ini, selain daripada nak dapatkan
sijil, saya nak ingatkan balik semua ilmu-ilmu
perkahwinan yang dah lama kene timbus.
Alhamdulillah, sepanjang kursus, banyak kali juga 
bercakap dalam hati,

"......Eh, ni mcm pernah belajar dulu..."

"..... ha, ok, dah ingat dah....."

".....eh, mcm tu ke......"

huhhuh,,, tetapi, secara jujurnye, kursus pra-perkahwinan
ini penting walaupun singkat. Banyak info yang dah kene timbus
tu, timbul balik.... =D
Satu perkara lagi, budak-budak sekarang memang
tak minat pasal kursus-kursus ni, lebih-lebih lagi
bila hal agama... huuhhuh
Memang yang datang semua muke terpaksa je
dan cabaran utama semasa kursus adalah mengantok...
Tapi, saya memang salute kat ustaz-ustaz
ni, ustaz-ustaz yang bagi ceramah semua dah pengalaman 
luas dalam kursus kahwin, mereka tahu apa yang 
peserta suka. Lawak Lucah…! kawan-kawan
pun ramai yang dah pesan, lawak lucah 
kursus kahwin adalah antara yang paling best. 
Dengan beralasankan ‘kongsi ilmu’ ustaz-ustaz tu 
betul-betul telah berjaya memecahkan perut para peserta. 
Saya yang pada asalnya control cun pun akhirnya gelak 
ngalahkan menonton sitcom kat TV. Sesetengah lawak 
memang betul-betul best, kalau masuk Raja Lawak boleh 
challenge Nabil lah. Memang ada lawak-lawak standard, 
tapi cara ustaz-ustaz tu bercerita nampak lucu gila….
Tak percaya, pergi la kursus pra perkahwinan ini..


Modul kursus pra-perkahwinan Islam
Negeri Johor.
Kandungan modul.


Diantara slot-slot kursus kahwin di Negeri Johor seperti :

Slot 1 (Akhlak dan hubungan dalam keluarga)
Slot 2 (Pengurusan kesihatan)
Slot 3 (Munakahat)
Slot 4 (Prosedur perkahwinan)
Slot 5 (Ibadah)
Slot 6 (Analisis keberkesanan kursus)
Slot 7 (Aqidah)
Slot 8 (Pembubaran perkahwinan)
Slot 9 (Pengurusan konflik,stress dan kaunseling)
Slot 10 (Komunikasi dan pengurusan sumber)
Slot 11 (Persediaaan keibubapaan)
Slot 12 (Prosedur mahkamah)

Ha,,,, itu la dia semua topik yang dibentangkan
dalam masa dua hari....
best kan?

Selain daripada kite dengar je ustaz-ustaz
itu berceramah,
ada satu ujian penilaian dilakukan.
Ujian ini sebenarnye bukan la pun nak
menentukan lulus atau tak kursus ini..
Cuma sekadar ingin mengetahui sejauh mana tahap
kefahaman kite dalam perkahwinan Islam.
Soalan dia pun basic-basic je...
Walaupun basic-basic, ada juga soalan yang
saya terkucil tersalah jawab.. hahah


Kertas soalan ujian.


Selain daripada modul-modul ini,
saya ada juga membeli buku rujukan tambahan
yang dijual oleh syarikat ini.. Harga RM20.
Ada 3 buku dalam satu pakej, Siri 1 (Perkahwinan menurut
perspektif Islam), Siri 2 (Bakal pengantin, panduan dan prosedur),
Siri 3 (Zuriatku.. anak yang soleh dan solehah).
Tapi semua buku-buku ini belum sempat nak baca lagi...
Baru baca sikit, banyak juga la panduan yang berguna.
Pas siap abis baca semua, nak bagi future wife saya baca pula.
huhu....


Ni buku rujukan tambahan.


Last sekali.... taraaaaa!!!




Sijil pra-perkahwinan 2011 dah dapat....

Jadi selepas ni, kami akan mula proced
ke process yang seterusnye untuk mendaftarkan
perkahwinan ke JAIJ.
Untuk process pendaftaran perkahwinan ini,
ikut je la post selepas ini ek.
Saya update dari semasa ke semasa....

(notaperut : tadi dah settle banyak hal berkenaan dengan bridal
untuk majlis di pihak Miss N. Miss u so much)


-Mr. F-



-=295 hari lagi=-

Salam....
hye..
Saya sibuk@busy?
Hahaha.... no komen..
Sudah lama rasanya tak post entry kan...
Agak sibuk sikit la sejak kebelakangan ini...

Nak kata tak de masa, masa ada banyak je...
kalau di bagi 100 jam sehari pun, memang tak akan
pernah cukup..huhu. manusia kan.

Apa-apa pun, saya cuba sebaik mungkin
untuk memanfaatkan masa yang telah diberikan. =D

Pejam celik, pejam celik,
sudah pun sampai ke penghujung bulan 
Januari 2011.
Tak lama lagi akan sampai bulan 11.
OOOMAIGODDDDD!!!!
sekejap nye masa berlalu....

heheh.....
Dengan balance masa yang ada ini,
kene pastikan semua preparation
dapat buat dengan sebaiknye
untuk majlis di pihak Miss N dan di pihak aku 
juga.

Ada beberapa preparation yang telah siap
dan ada yang sedang dalam progress.
Nanti dalam post lain, akan dinyatakan
preparation tersebut.

Oh ya, esok kami nak pergi bridal untuk book
pelamin di majlis pihak Miss N.
heheh....


(notatangan : 295, 298, 297, ...... , menghitung hari nie  =D)

-Mr. F-

.: Pameran Pengantin :.

pameran pengantin?
semestinya tidak melepaskan peluang..
jom ke pameran pengatin plaza angsana...
bermula pada esok hari... 21 hb..
tapi saya dan FH main tipu...
hari ni telah ronda dulu di plaza angsana...
hehehehe.... 
kepada b2b kat area jb nih...
boleh la singgah ke pameran pengantin ini..
:)


notakaki: kena culik dengan FH hari ini.. hehehe

-Miss N-

.: Color Theme of W-day:.

color tema w-day?
wedding attire?
canopy?
dais?
family attire?
apakah? 
hehehe...

hal ini telah berkali-kali bincang bersama FH...
dia tolak ke saya.. saya tolak ke dia...
last-last?
jom fikir.. hehe

bridesmaid?
hari itu semasa di bandung, 
saya telah pun membeli baju untuk cik-cik bridesmaid saya..
otak kiri saya dok berkenan dengan warna hijau...
dan memikirkan warna tema w-day saya semestinya ada warna hijau pastel dan kuning pastel..
jadi, saya telah pun memilih kain tone hijau.. 
ayah dok jeling kata cantik.. 
hehe...
jangan mara haa... :)
bridesmaid ok! - done!

family?
ayah decide warna purple-purple pink pastel..
dan atas sebab-sebab tertentu, 
ayah telah pun membeli kain utk diri dia dan adik-adik lelaki saya..

maka.. 
 hijau + purple?
aduh... 
macamana nak blend warna-warna ini...
dah jadi warna warni.. hehe

sekarang, 
kami sedang memilih warna tema untuk canopy dan pelamin..
ape warna yang sesuai?
saya berblog-walking ada jumpa beberapa canopy berwarna purple-pink..
ok la.. not to bad...

warna tema saya?
masih menjadi tanda tanya..
mungkin dalam mimpi dapat petunjuk kot..
hehehe....

tapi saya sangat suka gabungan warna di bawah ini..


notakaki: sampai sekarang masih tercari-cari warna sesuai.. emm...

-Miss N-

.: Hantaran W-day :.

salam semua...
apa khabar hari anda?
saya mahu share idea saya tentang deco hantaran w-day saya nanti...
hanya la idea di peringkat awal..
saya suka kan idea ini...






nice bukan? 
tetapi kos untuk membuat besi tu melibat 3 angka.. hehe
saya xmampu.. :)
kami akan mengantikan border tersebut dengan kayu..
oh part DIY nih border ni... 
FH sangat suka..
bermain dengan tukul, kayu, paku, kertas pasir dan varnish memang kesukaan FH..
bagaimana bentuknya nanti?
hehe... 
kite tunggguuu~

untuk rangka border ini,
 sudah pun kami bincangkan 
FH sedang gigih membuat satu replica contoh untuk design diatas... 
untuk part deco..
saya juga telah mendapat idea deco yang saya mahukan..
harap-harap cantik.. hehe
tetapi untuk kali ini, 
saya tidak mahu kan fresh flower..
kenapa?
saja tukar angin... hehe

till then...

notakaki: ehem... ehem mr.FH, dah ade idea ke untuk deco anda nnti? ;p~

-Miss N-

.: Day 3/4- Bandung/Jakarta :.

salam...
bagaimana hari anda hari ini? :)
huh... lama sungguh nk continue update entri saya di Bandung...
reason? hehe... bz kot..

oleh kerana day 3 dan day 4 kami sudah penat nk mengelek dslr sy ke hulu ke hilir..
maka dengan itu ada lah beberapa picture je yang sempat kami snap...

 Day 3, 
kami di hanya di bawa ke Factory Outlet..
continue dari hari pertama.
juga ke Kartika Sari...
tapi maaflah tiada foto di snap di kartika sari..
jika ke Bandung, 
Kartika Sari adalah tempat wajib anda pergi...
untuk membeli ole-ole brownies.. 
sangat-sangat sedap...
pisang cheese pon same.. 
best~

saya update secara pukal ye... 

Day 4,
 merupakan hari terakhir saya di Indonesia..
since kami balik melalui Jakarta airport, 
dengan itu lepas check out dari hotel
kami decide terus untuk menghabiskan masa di Jakarta seharian..

kami hanya ke TMII.
'Taman Mini Indonesia Indah'
wajib rakan-rakan sekalian ke sini yer..
ada apa?
mall? kain? kartu?
tidak... tidak... 

hehe... di sini la sejarah dan puak-puak di Indonesia dihimpun dan disatukan..
mmg xdpt pusing sampi habisla kalau jalan kaki.. 
so, kami pusing-pusing naik van dan berhenti pada rumah-rumah yang kami select je..
kat sini ada bermacam-macam rumah...
cthnya, bali, sumatera, jawa dll..
setiap rumah lain architecture.. 
mengikut budaya dan cara hidup mereka..
senang cite kalau kat Malaysia, 
kita ada rumah Mini Malaysia Melaka.

yang menariknya, 
TMII ni ade tasik buatan yang di reka mengikut peta indonesia..
nk tgk dengan lebih feel haruslah naik cable car :)
selepas jalan-jalan mengenal budaya dan puak masyarakat indonesia..
perut pun dah lapar..

kami makan di food court berdekatan cable car..
menu?
'Nasi Ayam Penyet'

memandangkan sudah pun berada di Indonesia, 
bagi saya wajib rasa originality nasi ayam penyet ni dari negara asalnya..
sambal dia.. 
memang sedap... pedas syiok..
cili dia xmain cili boh atau blander... 
cili giling lg..
 siap tgk cebisan cili-cili dalam sambal dia..
hehe.. 
pasal makan mesti kena particular..
sesudah perut dah kenyang, 
kami terus ke Jakarta airport..
lepak di sana sehingga ketibaan flight kami..

 jom layan pic pula.. hehe

DAY 3

me with me lovely bestie :)

last-last ke sampah semuanya.. xelok dah.. :(

DAY 4

breakfast.. last day wajib posing kt main entrance cafe Mutiara Hotel 

the view..

the view gak..

TMII.. rumah ape ni ek.. Rumah Padang kot.. hehe

souvenir  

souvenir

ha ini ingat... di Rumah Bali :)

Cable car.. xsalah saya RP50,000 per head..

the view from cable car

indonesia map..

apakah? hehe.. 

dengan ini, tamat lah sudah percutian saya 4D3M di Indonesia.. 
yang penting tujuan utama saya di sana dapat di penuhi..  :)

notakaki: nak pergi lagi boleh? :p~ mungkin lepas ini pergi dengan FH.. hehe hope so..

-Miss N-

-=Kad Undangan=-

Morning....

Selamat bercuti kepada semua penduduk-penduduk Johor..
Hahaha.. Johor je ye...
Shut up, no shut up,
hari ini dah masuk 11 Januari 2011.
Adoi, dan tolong ingatkan aku bahawa 
sekejap je masa berlalu,
gulp,,, risau juga ni.
Sekarang ini kami sedang meninjau-ninjau
reka bentuk kad jemputan kat kedai dan internet..
Wohoo, bila tengok bermacam-macam
jenis dan reka bantuk kad jemputan ini,
rasa rambang mata nak membuat pilihan
dan keputusan.
Bukan apa, bila kita dah pilih satu-satu reka bentuk,
kita mestilah puas ati dengan rekabantuk tersebut.
Sekali seumur hidup kan.
Tapi, dalam masa yang sama, kenalah
"ukur baju di badan sendiri".
Yela, kene ingat, tidak semestinye kad murah
itu tidak cantik dan tidak semestinye 
pula kad mahal itu cantik.

Kami ada la membuat sedikit homework berkenaan dengan
kad undangan ini dengan melihat survey di kedai-kedai
dan laman-laman web.
Sebagai rujukan je, bukan nak gi tempah terus pun.

Dalam banyak-banyak design tu,
kami macam tertarik dengan design kad laser cut.
Sebelum ini kami pernah ushar-ushar gak
kad jenis ini.
Tapi lupe la berapa harga kad tu.
Jadi selepas ini kene cari quotation
untuk kad jenis ini berapa.
Dengar cite macam mahal,
tapi tak pe, kami survey dulu.
Kalau dapat murah, kite akan membuat promosi 
kedai itu disini nanti.

 Scroll bawah untuk contoh kad laser cut ini.










Ok, ini ada petikan pasal jenis kad jemputan yang
di copy dari majalah Pengantin.
Pada sesapa yang tak beli, boleh la baca di bawah ni.



1. FORMAL
- Kebiasaanye berwarna putih. Ia selalunye
menggunakan ivory, krim, putih 
atau warna yang keputihan.
- Selalunye menggunakan teknik emboss atau
hot stamping.
- Biasanya menggunakan tulisan roman.
- Reka bentuk yang kemas, tiada grafik
seperti bunga atau cincin atau sebagainya.


2. SEMI FORMAL
- Paling popular.
- Pelbagai gaya iaitu boleh dikombinasikan
dengan pelbagai warna, reben, dan reka bentuk.
- Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis
dan mempunyai tambahan reben.
- Lebih murah.

3. BERGAMBAR
- Kad undangan yang bergambar selalunya
dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan.
- Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, 
atau sama warna dengan tulisan di dalam kad.

4. KEAGAMAAN
- Biasanya kad undangan dilipat dengan bahagian
hadapan kad mengabadikan ayat-ayat
keagamaan dan cinta.
- Reka grafik selalunya termasuk reka
bentuk kaligrafi (tulisan jawi).


Dah paham? baca 21 kali. mesti paham. heheh.
Emm, perkara kedua yang kene pikir pasal kad ini,
bilangan jemputan untuk tempaham kad.
em.. berapa ek.
Seboleh boleh nye biar lebih dan tidak kurang, tetapi
jangan pula sampai terlebih banyak sangat kan.

(notakaki : emm... dalam masa yang sama nak pikir sekali
untuk hantaran design. Idea mcm dah dapat sikit-sikit)


-Mr. F-




.: Photoshoot White Theme :.

Salam peeps...
macam mana dengan weekend kalian?
saya?
 kami baru sahaja pulang dari kampung halaman saya untuk menjenguk nenek n atok..
kedua-duanya sihat alhamdulillah...

refer to above topic, 
mesti tertanya-tanya...
apakah?
hehe... 
actually ini bukan officially pre-wedding photoshoot or else yang melibatkan apa-apa cost ok..
i mean cost photographer...
as usual, 
untuk couple photoshoot ni biasa nya menggunakan khidmat adik-adik saya..
purpose? 
untuk suka-suka.. 
hehe... 

 so let's enjoy our pictures which is taken last sunday..

Date: 2nd January 2011
Venue: Tj Balau
Theme: White

menyaksikan belon pertama kami terbang di bawa angin.. hehe

balance satu belon... 
please abaikan tali belon yang melilit tangan saya ye.. :p

:))

:-)

ini la photographer disebalik gambar-gambar kami.. 
dah penat photoshoot... 
menjamu miss photographer makan best di Lerk Thai Jusco Tebrau city..


 the tomyum

 Beverage.. 
eeeyyuuww~ 
ter'oder air serai.. hehe 
apakah?

baby kailan with sotong grilled..

chiken lemon

the menu's.. 
include tomyam atas.. 
wajib order tomyam untuk restoran thai sebegini...
apa pun thumbs up untuk restorant ini.. 
price? 
for us, a bit mahal kot.. 
hehehe.. tp sangat sedap.. 
conclusion? berbaloi-baloi..

notakaki: saya suka gambar, saya suka senyuman, saya suka warna, saya suka permandangan.. hasilnya? saya suka photography.. kerana? setiap gambar mempunyai cerita dan makna tersirat.. hehe..

-Miss N-

.: Soufto Dinner :.

salam...
hye... :) 
pheww.... pheww..~
sudah lama berhabuk blog kami..
actually banyak idea nak make a entry...
tp, ade beberapa sebab tertentu yang xkesampaian untuk update...
tunggu lah nanti ye.. :)

saya baru sampai di rumah selepas pulang dari dinner departmentku.. oh software..
untuk management bos baru, 
beliau request utk adakan dinner setiap tahun among soufto member..
so, sepatutnta start from last year.. 
*tapi sebab request pn da lambat.. 
maka dinner kami di adakan pada ari ini..
07 February 2011..
The dinner is simple but full of happiness, laughing, and masing-masing enjoying the activity..
saya harap dinner sebegini dapat diterus kan pada tahun-tahun seterusnya..
untuk picca.. 
saya xbw dslr saya.. 
maka nnti saya akan ambil dari rakan-rakan untuk publish kt sini ok :)
till then.. see ya in next entry soon...

notakaki: thanks to FH sebab sudi nk mendahulukan saya dalam apa jua hal.. :)

-Miss N-

-=Lama sudah=-

Assalamualaikum..

Selamat menyambut tahun masihi 2011.
Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun 2010.

Lamanye rasa tidak update blog ni kan.
Maaf, sebab memang tak sempat dan ketandusan idea nak tulis.
heheh..
Sepanjang blog ini tidak berupdate, ada banyak
benda nak masukkan dalam blog ini,
bertangguh punye pasal,
semua kerja tidak menjadi.
 huhuh...

Sekarang ini saya sudah pun berada di Malaysia,
dan sedang merancang untuk majlis 
perkahwinan kami nanti.

Diantara perkaranye yang sedang dalam process :

1) Tarikh Majlis -
Emmm.... tarikh sudah pun dibincangkan.
dan mungkin tarikh itu muktamad.
Bila? tunggu je la ye.

2) Bridal -
Pun sudah di peringkat untuk membuat keputusan
dan jika tiada aral, kami akan booked dalam masa yang terdekat.
Bridal yang kami pilih Classique Bridal.
Antara perkhidmatan yang kami ingin perlukan
daripada bridal ini adalah 
pelamin, hiasan meja makan damai, hiasan khemah,
pakaian pengantin.

3) Khemah -
Emmm... yang ini parent Miss N sudah uruskan,
dan akan proceed dengan cadangan parent Miss N.
Bilangan khemah 7 biji.
Cume masalah sekarang warna tema yang masih tidak
pasti lagi. Lakaran susunan khemah dalam prosess.

4) Barang-barang hantaran -
Masih dalam survey lagi.
Seperti barang-barang elektronik yang ada warranty,
kami plan untuk beli pada waktu terdekat dengan majlis nanti.
Yela, rugi bila beli awal, tapi tak pakai, nanti warranty tu habis
macam tu je..

setakat ini itu je update semasa untuk majlis kami.
yang lain saya nak attach kan beberapa pic saya masa di Jepun aritu. =)

Inilah Panasonic System Networks Japan.


@ Onojo Station


Yahoo! Dome (Stadium Softball Fukuoka.)


emm...


Hard Rock Cafe Fukuoka.


OK OK OK,,, gambar-gambar lain bersambung di lain post..
hehehe....

(notakaki : Risau sangat dengan keadaan Miss N sekarang.)

-Mr.F-


Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click