Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Borang nikah=-

Assalamualaikum,,,

Dah cukup lama rasanye tak memberi khabar dalam blog nie..
Selama ni, Miss N yang banyak meng'update' blog ini.  =)
Saya hanya banyak memerhati sahaja, idea nak menulis tu kurang...

Pada 11 Julai 2011 yang lepas, satu lagi kami telah melangkah ke satu tapak didalam hubungan kami untuk lebih serius lagi.  =)

Kami telah bercuti kerja pada 11 Julai (Isnini). 
Pada awal nye saja je nak amik cuti sebab nak pergi tengok transformer, lagipun pada 9 & 10 Julai kami masing sibuk ngan aktiviti masing-masing, 
jadi plan 11hb tu nak rehat-rehat sambil tgk transformer.

Tetibe terpikir, alang-alang dah cuti, lebih baik pergi beli borang nikah terus. Sett....
Saya dan Miss N pergi ke Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, 
sebab dekat dengan rumah saya.  =)  
Orang pun tak ramai. 
Pejabat Agama Daerah Kulaijaya ni betul-betul dihadapan Hospital Kulaijaya. 
Jadi mmg tak susah nak cari.

Pejabat kadi berada di tingkat dua Pejabat Agama Daerah Kulaijaya. 
Sampai je, saya terus bertanya pada kaunter untuk membeli borang nikah. Akak kat kaunter tu pun memulakan tugas dia.
Saya di minta untuk menulis nama beserta no KP saya dan Miss N didalam sebuah buku lejar, mungkin buku tu rekod keluar borang nikah kot.

Kemudian akak tersebut menghulurkan 2 set borang nikah dan menerangkan pada saya bagaimana untuk mengisi borang nikah itu.

Ok, borang itu dalam bahasa jawi. Dah lama tak menulis dalam jawi, excited plak nak isi borang tu dalam tulisan jawi. =) 
Kalau nak tulis dalam rumi pun boleh.

Antara dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa membeli borang nikah, hanya kad pengenalan. Saja je akak kaunter tu nak tgk.

Setiap set borang nikah ni, ada 2 helai borang iaitu borang Permohonan Kebenaran Berkahwin dan Borang Ujian HIV.

Dan satu lagi, price....  Hehehe,,,, 
Borang ni kene beli beb, bukan free,,, 
Satu set RM5, jadi total 2 set, RM10.
  

Borang Kebenaran Nikah dan Ujian HIV


Selesai je beli borang nikah, kami terus menuju Jusco Bukit Indah,
untuk menonton filem Transformer.

Akan datang saya cerita tentang nak hantar borang nikah pula ye.

(notatangan : Jika dilihat pada penggiraan hari , 
tinggal lagi 3 bulan 1minggu dan 1 hari saja lagi yang tinggal. ehem-ehem......)

-Mr. F-

1 comments:

Puan Rad said...

korg tgk muvi kt jusco bukit indah?? bkn jusco tebrau ke?? hehehe~ opsss

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click