Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Updated 20-August-11=-

Banyak perkara yang kami lakukan
pada 20-8-2011.
Semuanye berkaitan dengan wedding kami nanti.
Kami keluar seawal pagi pukul 9.30pagi.
hehe,,, shopping complex pun belum bukakan,,  =)

Pada pukul 10.00 pagi kami ada appoitment dengan
vendor saya di Jakel Tampoi,
Kalau dah kat Jakel, confirm la pilih kain kan,,
tak kan pilih vespa plak....

Kami sampai tepat pukul 10.00 pgi didepan pintu kedai Jakel,
belum buka lagi laaa....
vendor kami kata biasanye pukul 10 pagi dah buka dah..
ntah kenapa hari tu, lambatplak dia buka pintu...
Ramai orang tunggu depan kedai Jakel tu (10.00pg), 
macam tunggu giliran nak buat kad pengenalan pun ada. iskk...

Emmm... saya tak berapa reti sgt nak komen pasal 
kain yang kami pilih,
nanti Miss N akan cont berkenaan jenis kain dan warna yang dipilih... ok?

Setelah lebih kurang sejam kat Jakel, diskus pasal kain dan warna,
akhirnye keputusan telah pun dibuat.
Appoitment seterusnye dengan vendor kami
pada minggu depan untuk main ukur-ukur plak..
macam menarik kan... hahahaha

Ok, kemudian kami meneruskan penggembaraan kami
melaksanakan tujuan kami yang seterusnya.

For Her:
1. Sireh Junjung
2. Gelang               Done
3. Jam                  Done
4. Telekung
5. Gadjet


Kalau tengok pada checklist Miss N yang lepas,
hantaran saya masih lagi tidak complete.
Hehehe.... jadi hari ni, kite meneruskan penggembaraan 
untuk melengkapkan checklist ini.

Mission pertama : Telekung.

Emm.... Kalau kat JB ni kat mana 
boleh cari benda-benda mcm ni?
Mana yang dah biasa tinggal di Johor Bahru, 
mesti akan pergi ke Angsana, Kotaraya, Pasar Larkin.
Saya rasa itu je kot tempat yang saya rasa ada.
=)

Kami? Of course la pergi ke pusat membeli belah keluarga
iaitu Angsana.. hahahah....
Bukan apa, kami pun dah biasa dgn Angsana,
senang nak cari barang, terus je tuju,
sebab Miss N dah hafal dah kedai-kedai kat sini.
=)

Setelah lebih kurang sejam lebih diangsana,
mission telekung selesai,
saya berpuas hati dengan telekung yang Miss N 
pilih, cantik dah sesuai untuk keselesaan
Miss N untuk menunaikan tanggjawab dia
sebagai hamba Allah.

Mission kedua : Gadjet

Apa gadjet tu? Ntah, saya pun tak tau.
tunggu je la waktu saya bernikah nanti,
tgk sendiri.

Sebenarnye dah lama jugak kami survey pasal
gadjet utk Miss N nie,
pada minggu lepas pun kami ada survey
di Sony Jusco Bukit Indah.

Jadi kali ni saya plan nak pergi tgk kat
Sony Jusco Tebrau plak.
=)  dah puas tinjau-tinjau, belek-belek,
saya terus je beli, COD.
hahaha...
Settle dah....
Warna pink. sesuai dengan Miss N yang cantik tu..

Jadi Mari kite review sekali lagi checklist hantaran saya :


For Her:
1. Sireh Junjung
2. Gelang               Done
3. Jam                  Done
4. Telekung             Done
5. Gadjet               Done


Hoyeh-hoyeh..... settle semua...
cuma tinggal sireh junjung je,,
yang tu nanti nak nikah baru buat.  =)
 
Selesai semua tu, kami pergi ke bazaar Ramadhar Kg Pasir,
saja nak window shoping sambil beli sikit-sikit
makanan untuk berbuka nanti..

(notatangan : mungkin selepas ini akan meneruskan pencarian barang hantaran untuk checklist Miss N pula. Pape pun, best keluar seharian berjalan-jalan sambil mencari barang untuk wedding kami... 
memang hari yang bahagia. )

-Mr.F-


1 comments:

Puan Rad said...

so sweet kn Mr.F~ i Like.. semoga Mr.F & Miss N bahagia hingga akhir hayat.. Luv u ols.. hehe

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click