Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=20 Ramadhan=-

Assalamualaikum...
Hari ini complete 19 hari berpuasa, sekejap je rasanye masa berjalan... lagi seminggu lebih je lagi nak sambut Hari Raya. Tahun ini beraya lain sikit, sambil buat persiapan raya untuk family, disamping itu juga membuat persiapan untuk majlis E-day kami nanti.. Sudah lama tidak update blog ini kan.... macam-macam perkara yang kami tidak sempat untuk masukkan disini...

Untuk persiapan bridal,,, pada 21 Ogos yang lalu, kami ada pergi membuat survey di D'pesona, Bandar Baru Uda, sebab hasil kajian Miss N, bridal ini merupakan salah satu target untuk E-day nanti. Hasil survey tersebut, kami macam nak amik je terus bridal ini.. dan pada semalam (28 Ogos) kami telah membuat booking date untuk solekan dan juga sewa baju Miss N. Dan pada masa yang sama juga, Miss N telah membuat trial make up. Cantik Miss N 1 hari ini.... 1 hari Miss N berjalan dengan muke wajah baru.... =) Selain itu... baju pun dia telah test dan pilih baju apa.. nak tau baju apa.. tunggu 3 oktober nanti ek...

Pada 28 Ogos itu juga kami pergi membeli cincin E-day kami... nak tau kat mana? kami beli kat Habib jewel.. yela,, untuk hari penting kami ini, ok je beli kat situ.. .. huhuh,,,, memang puas hati dengan cincin tu,, sesuai sangat dengan jari Miss N. Harap Miss N pun berpuas hati. =) 1st time beli kan perempuan cincin... tak sabar nak tunggu 3 oktober, dan Miss N pakai cincin tu.. nanti saya upload pic cincin tu selepas 3 oktober k.. baru surprise.... betul tak? {ok. hint tambahan, emas putih.}   =)  Terima kasih Miss N....

u-huii...... tadi plak kami pergi kerumah makcik Miss N, sebab makcik Miss N ini akan membuat decoration bunga untuk mini pelamin nanti..  yang ni saya macm tak reti nak komen.. Miss N je yang tahu.. =) tugas saya disini untuk membuat border mini pelamin.. ini salah satu kerja mencabar, sebab banyak benda kene amik kira, saiz, design, stability, warna,,,, tak pe,, mesti boleh buat... selain itu lighting untuk mini pelamin.. itu pun tugas saya... =)

Hantaran (pihak lelaki) plak, setakat ini ok.. bekas hantaran dah siap... sekarang ngah nak kire berapa kuntum bunga yang perlu saya tempah untuk hiasan hantaran dan juga seri junjung. emm.... setakat ini semua berjalan lancar..

(notatangan : terima kasih kepada "adik yah" kerana telah meneman kami 2 hari ini ... uwekkk..... uhukuhuk.. heheh.... )

-Mr. F-

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click