Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Idea Hantaran=-

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.. sekarang sudah masuh hari ke-2 untuk kita berpuasa, semoga segala urusan kita untuk berpuasa akan dipermudahkan.

 Untuk hantaran pihak saya, saya bercadang untuk mengikuti idea seperti gambar dibawah, tetapi, bekas hantaran kali ini hand made menggunakan material :
1. Polisterin
2. Metallic Wrapping Paper
3. Riben
4. Dan lain-lain nanti...
memang mencabar betul buat bekas nie..... adoi,,,, memang banyak bersabar je la.. huhuh



Cuma kali ini, bukan warna silver seperti gambar diatas, warna yang dipilih adalah gold+coklat2.. Bunga yang di pikirkan setakat ini akan menggunakan soft pink.. Alas dulang warna coklat..

Tadi PSNM tak keje, ada try buat satu sample bekas tersebut, Keseluruhannye OK, cuma ada beberapa part yang perlu dikemaskan lagi. Sabtu ini cadang akan pergi ke air hitam sekali lagi untuk shoping material yang diperlukan untuk complete kan sample bekas ini. 

Dan tadi pagi juga, kami ada membeli 16 keping polisterin (18mm tebal) untuk membuat bekas hantaran dan juga prop untuk mini pelamin nanti... Masa tinggal lagi beberapa minggu saja lagi... harap semua berjalan dengan lancar..

OK, untuk pihak saya, secara keseluruhan saya akan memberi 7 dulang semuanye. Setakat ini semua barang telah dibeli kecuali kek, cincin dan sepasang baju (masih dalam tempahan). Untuk cincin tengah tunggu habib buka sale raya, =) baru-baru ada dapat tau habib ada buat sale raya, tapi kat alamanda.... jauh nye... kos nak pergi alamanda saje dah boleh cover harga sale cincin nanti. heheh.

OK. pape update nanti saya akan tambah nanti.... 

Wassalam. 


-Mr F-

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click