Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....
Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:
Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg
Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.
Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih
-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.
-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.
-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:
-=31 Ogos=-
Assalamualaikum..
Hari ni negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke -58.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan... Tak ramai antara kita yang paham apa itu kemerdekaan kan.. Termasuk la saya. Apa yang kita tau, 31 Ogos cuti, tak keje,, dapat duduk rumah... nak pasang bendera pun cuma ikut-ikut je pasang bendera, tapi tak dapat nak feel langsung apa tu merdeka... huhu.. diamana ek silap nye... Satu hari nie saya dok umah je, bagun pun lambat, almaklum, cuti. =) Mungkin mana yang sebaya dengan saya yang lahir-lahir sudah merdeka, tak dapat nak feel rasa merdeka tu mcm ne... yela, lahir je hidup pun dah senang, tak rasa susah... tak tahu la lagi 10 tahun akan datang mcm mana, hari kemerdekaan nie mungkin disambut sebagai satu tradisi je. huhu.. napa hari ni cerita pasal merdeka, merdeka nie.... bukan patriotik ke apa,,, cuma terpikir, tak ramai pun orang yang pasang bendera kat rumah dan kerete... pastu kat berita asyik tanya semangat merdeka dah pudar dikalangan masyarakat.... huhu.. tak tahu la, sebab diri sendiri pun tak dapat nak menghayati merdeka tue mcm mana...
Lagi sebulan lebih, kami akan bertunang, dan secara rasmi saya dah booking Miss N untuk jadi peneman idup saya. Best sangat. Sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan untuk E-day kami nanti. Mesti majlis nie akan menjadi lebih bermakna buat kami sebab kami buat semua sendiri... untuk majlis tunang boleh la semua buat sendiri,, tapi untuk majlis perkahwinan, memang tak dapat la....
Antara benda yang kami sedang prepare sekarang nie, mini pelamin, sweet station, gift, hantaran,dan prop2 lain seperti pic utk letak kat pintu masuk. hopefully semua menjadi.... yang paling buat saya risau sekarang ini mini pelamin. risau mini pelamin tak menyerlah. tak pe, ada masa lagi nie.. masti boleh.
Tadi tak tau berapa jam kami berbual dalam tepon (tak pe, antara kami call free), best sangat,, saya rindu sangat kat Miss N sekarang nie... tak sabar nak ajak dia kahwin.. =) ops... huhuhu..
(notatangan : Miss N jaga diri bebaik ye awak..... )
-Mr. F-
Tuesday, August 31, 2010 | Labels: etc | 0 Comments
-=20 Ramadhan=-
Assalamualaikum...
Hari ini complete 19 hari berpuasa, sekejap je rasanye masa berjalan... lagi seminggu lebih je lagi nak sambut Hari Raya. Tahun ini beraya lain sikit, sambil buat persiapan raya untuk family, disamping itu juga membuat persiapan untuk majlis E-day kami nanti.. Sudah lama tidak update blog ini kan.... macam-macam perkara yang kami tidak sempat untuk masukkan disini...
Untuk persiapan bridal,,, pada 21 Ogos yang lalu, kami ada pergi membuat survey di D'pesona, Bandar Baru Uda, sebab hasil kajian Miss N, bridal ini merupakan salah satu target untuk E-day nanti. Hasil survey tersebut, kami macam nak amik je terus bridal ini.. dan pada semalam (28 Ogos) kami telah membuat booking date untuk solekan dan juga sewa baju Miss N. Dan pada masa yang sama juga, Miss N telah membuat trial make up. Cantik Miss N 1 hari ini.... 1 hari Miss N berjalan dengan muke wajah baru.... =) Selain itu... baju pun dia telah test dan pilih baju apa.. nak tau baju apa.. tunggu 3 oktober nanti ek...
Pada 28 Ogos itu juga kami pergi membeli cincin E-day kami... nak tau kat mana? kami beli kat Habib jewel.. yela,, untuk hari penting kami ini, ok je beli kat situ.. .. huhuh,,,, memang puas hati dengan cincin tu,, sesuai sangat dengan jari Miss N. Harap Miss N pun berpuas hati. =) 1st time beli kan perempuan cincin... tak sabar nak tunggu 3 oktober, dan Miss N pakai cincin tu.. nanti saya upload pic cincin tu selepas 3 oktober k.. baru surprise.... betul tak? {ok. hint tambahan, emas putih.} =) Terima kasih Miss N....
u-huii...... tadi plak kami pergi kerumah makcik Miss N, sebab makcik Miss N ini akan membuat decoration bunga untuk mini pelamin nanti.. yang ni saya macm tak reti nak komen.. Miss N je yang tahu.. =) tugas saya disini untuk membuat border mini pelamin.. ini salah satu kerja mencabar, sebab banyak benda kene amik kira, saiz, design, stability, warna,,,, tak pe,, mesti boleh buat... selain itu lighting untuk mini pelamin.. itu pun tugas saya... =)
Hantaran (pihak lelaki) plak, setakat ini ok.. bekas hantaran dah siap... sekarang ngah nak kire berapa kuntum bunga yang perlu saya tempah untuk hiasan hantaran dan juga seri junjung. emm.... setakat ini semua berjalan lancar..
(notatangan : terima kasih kepada "adik yah" kerana telah meneman kami 2 hari ini ... uwekkk..... uhukuhuk.. heheh.... )
-Mr. F-
Sunday, August 29, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
.: engagement outfit :.
notakaki: Bila Mr. F sentiasa dgn sy... bergaul msra dgn family.. terase seperti kami dah ada ikatan sah.. hihihi.... :)
-Miss N-
Sunday, August 22, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
-=Update=-
Tahniah Miss N sebab berjaya membuat macaroon tue. =) satu pencapaian yang hebat,, nanti boleh la masuk bahagian dalam sweet station nanti. =) apa-apa pun, saya menyokong je apa pun yang Miss N nak buat untuk E-day nanti.
Tadi kami berbuke di Pizza hut, kami order set citarasa ramadan untuk 2 orang. nak tau set apa tu, pergi ke web pizza hut, cari sendiri.. =) dalam set ni ada 1 set pizza hut, saiz biasa (untuk 2 orang), saya ada cakap, amik 1 slice je dulu,, nanti takut tak larat nak jalan, tapi dia kata tak pe,, dia amik 3, saya amik 3,, dia kata sharing is caring, hehehe ( Maaf Miss N kalau berita ni tersasar =) hehe) last-last, perut Miss N dah ketat, makan banyak sangat... sampai tak boleh nak bercakap dah... =) apa tak nye, pizza hut 3 slice, bubur cendawan, ngan nasi (nasi nie saya kene abiskan, banyak sangat2) tu yang ketat tu.... heheh..... Ampun Tuanku..
Semalam parent Miss N ada tanya bila nak datang ukur tapak mini pelamin, terus mengelabah, cakap sabtu nie, huhuh, Sabtu nie mungkin nak pergi D'pesona (bridal) sekali ngan ukur tapak mini pelamin. Semalam Miss N dah lantik untuk jadi arkiter sekali dengan designer, dia kata nanti dapat sijil, Miss N keluarkan.. tu yang best tu.
Sampai malam ni, saya dah berjaya siapkan 3 set bekas hantaran tunang nanti, ingat nak masukkan dalam blog ni, dah cube tapi pic tak dapat nak upload. tak pe, mungkin lain kali dapat upload. Target minggu depan siap semua bekas hantaran nie. kemudian nak tumpu kepada prop mini pelamin pulak. Doakan semoga kami berjaya.
(notatangan : Apa kata-kata yang aku nak tulis kat kek tunang aku nanti ek? pening ngah mencari ni. Saya dan Miss N tak nak guna "Selama Bertunang, Fazuli & Norezareen". Yela, dah tentu kek ni nak bagi sesama sendiri, lepas tu tulis mcm tu, ada ke orang wish "Selamat Bertunang" kat diri sendiri? Tak nak, Tak nak, Tak nak,,,,, )
-Mr. F-
Wednesday, August 18, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
.: percubaan kedua :.
notakaki: nmpknye kna btul kn oven lg la..~ adeh...
-Miss N-
Sunday, August 15, 2010 | Labels: etc | 0 Comments
.: pop cakes :.
-Miss N-
Sunday, August 15, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
-=14 Ogos 2010=-
Hari ini kita plan nak pergi D'pesona (Bridal), SSF, dan Air Hitam..
Tetapi kami cuma pergi SSf dan Air Hitam je..
Kat SSF (kedai Home decor) kite survey-survey, banyak2 benda yang ada kat dalam tu, saya cuma beli bekas cincin untuk hantaran nanti.. Cantik, lain dari yang lain... tapi cincin tak beli lagi.. =( selain tu, Miss N ada la target beberapa barang seperti bekas tingkat cupcake, tirai manik..... tue je.. sebab yang lain semua mahal-mahal.... =)
Selepas itu kite terus bergerak ke air hitam, disana saya membeli metalic wrapping paper, nest (kecik), dan riben. selain tu, mak ada pesan beli pasu bunga.. ada banyak lagi benda yang kami belum beli.. uwa..... pape pun saya akan siapkan bekas hantaran nie dulu.
Kami berbuka di Taman Universiti, Skudai, Johor. Semasa tunggu oder sampai, kami sempat la tengok-tengok mini pelamin kat internet,,, dan macam biasa, idea kembali serabut.. =) malam tu jugak saya mintak Miss N finalize kan plan mini pelamin yang mcm ne...Kalau tak, susah nak stat buat prop mini pelamin tu..
ok,.. mata dah ngantok... Esok sambung buat bekas hantaran..
(notatangan : Tarikh E-day kami pada 3 Oktober 2010 sebab untuk memberi kami ruang untuk membuat persiapan E-day kami.. )
Sunday, August 15, 2010 | Labels: etc | 0 Comments
.: percubaan pertama :.
notakaki: esok pasti berjaye.. insyallah.. :) nk pki oven len.. hee
-Miss N-
Sunday, August 15, 2010 | Labels: etc | 0 Comments
-=Berusaha Keras=-
Esok dah jumaat,, uwaaa..... cepatnye masa berjalan....tidakkk...
Thursday, August 12, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
.: macaroon :.
notakaki: comelkn kwn2? cpt stuju... hehehe :) resepi da jmpe.. hnya keinginan diri sndri sj ni.. ehehe~
-Miss N-
Thursday, August 12, 2010 | Labels: etc | 0 Comments
.: sweet station :.
-Miss N-
Wednesday, August 11, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
-=Idea Hantaran=-
Wednesday, August 11, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
.: gift :.
So, ni dea item yang perlu di list kn buat ms nih:
{mini pelamin}
-polistrin
-fresh flower
-bantal alas
-carpet
-curtain backdrop
-chandelier
{hantaran}
- fresh flower
- dulang
- barang2
{baju}
- update later..
{make up}
- update later..
{candy station}
- choc fountain
- menu
{gift}
material : doily paper, riben
gift: cheese brownie, blueberry cheese tart
sy rs masih byk y kurang, tp xpe.. sy akn sentiasa update :)
notakaki: byk benda y sy harus lakukan, sy harap sy bole buat yang terbaik utk mjlis sy..
-Miss N-
Wednesday, August 11, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
-=Dimanakah idea ini sudah melarikan diri=-
Assalamualaikum..
Miss N kat bawah dah intai-intai jenis bunga dah.. =) Yela, mcm miss N bagi tau kat bawah, kite dah decide nak wat D.I.Y untuk majlis E-day nanti, daripada sekecik-kecik gift, sampai la sebesar-besar mini pelamin.
Dah dua minggu mencari idea untuk membuat hantaran macam mana, tapi tak jumpe lagi, minggu lepas pergi air hitam survey ke kedai perkahwinan, idea tue makin serabut. uwaa...... yela,, macam-macam design ada, dan macam-macam material ada.... pening tue.. owh,,, untuk hantaran tunang ini, kite decide untuk cube buat masing2, mencabar nie.... tak pe, tgk je la nanti... =)
Sekarang ni, tengah cube nak buat sample satu prop untuk diletakkan atas dulang hantaran nanti. Mungkin akan datang (minggu depan kot) nak tour air hitam sekali lagi.. cari material.. =) Nanti siap je prop ini saya akan bagi gambar kat sini...
Idea hantaran ini pun akan biberi tahu pada next post...
-Mr F-
Monday, August 09, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
.: cik bunga :.


Monday, August 09, 2010 | Labels: engagement | 0 Comments
-=Pencarian Berakhir=-
Assalamualaikum w.r.b.t..
Satu pencarian akhirnye berakhir pada 2 Ogos 2010 apabila kedua orang tua telah pergi merisik seseorang yang aku sayang untuk menamatkan zaman bujang aku... =)... sungguh tidak disangka... rupanye dekat je jodoh aku... Alhamdullillah, semuanye selamat. Aku dah berjaya pacak satu bendera 'booking', YESSS!!
Dulu kami cuma rakan sekerja yang selalu kene kejar pasal software nak buat factory trial,,, dalam masa yang sama selalu juga curi-curi tengok masa rehat dan masa kerja,,, =) Dah jodoh, sapa yang tahu kan, Miss N ni bakal tunang aku nanti. Insyallah dia lah juga bakal Istri aku nanti (Next Year). Harap dia bahagia dan selesa dengan aku...
Walaupun bendera 'booking" telah di pacak,, tetapi tidak bermakna aku kene ambil ringan untuk step yang seterusnye.. banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk target yang seterusnye, dimana plan kami adalah majlis pertunangan pada 2 Oktober 2010.
Hari ini baru blog ini dapat di bina dengan bantuan Miss N... Lepas itu aku kena bagi post yang pertama.. Tak pe,, sanggup berkorban apa saja kan.. =) nak tau berapa lama lagi kami nak bertunang, refer countdown timer kat bawah,, ada lagi 1 bulan, 3 minggu dan 5 hari...
Perancangan untuk hantaran, Miss N akan sambung.... dia lebih banyak tahu.... Sebab dah 2 hari ini kami pergi survey untuk persiapan pertunangan nanti... Miss N,, continue yer...... tata..... =)
-Mr F-
Monday, August 09, 2010 | Labels: love | 0 Comments
- .: Our Love :.
- -=Hari ini kita belajar TEMA ye=-
- .: DIY review centerpiece:.
- .: Outdoor Photoshoot done:.
- .: Day 2 fitting full sanding attire :.
- .: Day 3 doorgift :.
- -=Counting On The Day [4 day]=-
- .: Day 5 Guestbook gift :.
- .: Day 6 Centerpiece done :.
- -=Counting On The Day [7 day]=-
- -=Counting On The Day [8 day]=-
- -=Counting On The Day [9 day]=-
- .: Day 10 Room Deco :.
- -=Counting On The Day [12 day]=-
- .: Day 11 Wedding progress:.
About Us
Idea :)
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(48)
-
▼
August
(16)
- -=31 Ogos=-
- -=20 Ramadhan=-
- .: engagement outfit :.
- -=Update=-
- .: percubaan kedua :.
- .: pop cakes :.
- -=14 Ogos 2010=-
- .: percubaan pertama :.
- -=Berusaha Keras=-
- .: macaroon :.
- .: sweet station :.
- -=Idea Hantaran=-
- .: gift :.
- -=Dimanakah idea ini sudah melarikan diri=-
- .: cik bunga :.
- -=Pencarian Berakhir=-
-
▼
August
(16)
i read them :)
-
Fast Forward to 20223 years ago
-
TABUNG HARAPAN MALAYSIA6 years ago
-
rindu nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee8 years ago
-
-
-
-
gile online shopping10 years ago
-
Our Little Chateau Progress10 years ago
-
-
# Baling Belakang10 years ago
-
-
-
video kahwin ku :)13 years ago
-
PELAMIN13 years ago
-
Down13 years ago
-
shawluscious coming back sale!13 years ago
-
-