Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Lama sudah=-

Assalamualaikum..

Selamat menyambut tahun masihi 2011.
Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun 2010.

Lamanye rasa tidak update blog ni kan.
Maaf, sebab memang tak sempat dan ketandusan idea nak tulis.
heheh..
Sepanjang blog ini tidak berupdate, ada banyak
benda nak masukkan dalam blog ini,
bertangguh punye pasal,
semua kerja tidak menjadi.
 huhuh...

Sekarang ini saya sudah pun berada di Malaysia,
dan sedang merancang untuk majlis 
perkahwinan kami nanti.

Diantara perkaranye yang sedang dalam process :

1) Tarikh Majlis -
Emmm.... tarikh sudah pun dibincangkan.
dan mungkin tarikh itu muktamad.
Bila? tunggu je la ye.

2) Bridal -
Pun sudah di peringkat untuk membuat keputusan
dan jika tiada aral, kami akan booked dalam masa yang terdekat.
Bridal yang kami pilih Classique Bridal.
Antara perkhidmatan yang kami ingin perlukan
daripada bridal ini adalah 
pelamin, hiasan meja makan damai, hiasan khemah,
pakaian pengantin.

3) Khemah -
Emmm... yang ini parent Miss N sudah uruskan,
dan akan proceed dengan cadangan parent Miss N.
Bilangan khemah 7 biji.
Cume masalah sekarang warna tema yang masih tidak
pasti lagi. Lakaran susunan khemah dalam prosess.

4) Barang-barang hantaran -
Masih dalam survey lagi.
Seperti barang-barang elektronik yang ada warranty,
kami plan untuk beli pada waktu terdekat dengan majlis nanti.
Yela, rugi bila beli awal, tapi tak pakai, nanti warranty tu habis
macam tu je..

setakat ini itu je update semasa untuk majlis kami.
yang lain saya nak attach kan beberapa pic saya masa di Jepun aritu. =)

Inilah Panasonic System Networks Japan.


@ Onojo Station


Yahoo! Dome (Stadium Softball Fukuoka.)


emm...


Hard Rock Cafe Fukuoka.


OK OK OK,,, gambar-gambar lain bersambung di lain post..
hehehe....

(notakaki : Risau sangat dengan keadaan Miss N sekarang.)

-Mr.F-


0 comments:

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click