Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Kad Undangan=-

Morning....

Selamat bercuti kepada semua penduduk-penduduk Johor..
Hahaha.. Johor je ye...
Shut up, no shut up,
hari ini dah masuk 11 Januari 2011.
Adoi, dan tolong ingatkan aku bahawa 
sekejap je masa berlalu,
gulp,,, risau juga ni.
Sekarang ini kami sedang meninjau-ninjau
reka bentuk kad jemputan kat kedai dan internet..
Wohoo, bila tengok bermacam-macam
jenis dan reka bantuk kad jemputan ini,
rasa rambang mata nak membuat pilihan
dan keputusan.
Bukan apa, bila kita dah pilih satu-satu reka bentuk,
kita mestilah puas ati dengan rekabantuk tersebut.
Sekali seumur hidup kan.
Tapi, dalam masa yang sama, kenalah
"ukur baju di badan sendiri".
Yela, kene ingat, tidak semestinye kad murah
itu tidak cantik dan tidak semestinye 
pula kad mahal itu cantik.

Kami ada la membuat sedikit homework berkenaan dengan
kad undangan ini dengan melihat survey di kedai-kedai
dan laman-laman web.
Sebagai rujukan je, bukan nak gi tempah terus pun.

Dalam banyak-banyak design tu,
kami macam tertarik dengan design kad laser cut.
Sebelum ini kami pernah ushar-ushar gak
kad jenis ini.
Tapi lupe la berapa harga kad tu.
Jadi selepas ini kene cari quotation
untuk kad jenis ini berapa.
Dengar cite macam mahal,
tapi tak pe, kami survey dulu.
Kalau dapat murah, kite akan membuat promosi 
kedai itu disini nanti.

 Scroll bawah untuk contoh kad laser cut ini.










Ok, ini ada petikan pasal jenis kad jemputan yang
di copy dari majalah Pengantin.
Pada sesapa yang tak beli, boleh la baca di bawah ni.



1. FORMAL
- Kebiasaanye berwarna putih. Ia selalunye
menggunakan ivory, krim, putih 
atau warna yang keputihan.
- Selalunye menggunakan teknik emboss atau
hot stamping.
- Biasanya menggunakan tulisan roman.
- Reka bentuk yang kemas, tiada grafik
seperti bunga atau cincin atau sebagainya.


2. SEMI FORMAL
- Paling popular.
- Pelbagai gaya iaitu boleh dikombinasikan
dengan pelbagai warna, reben, dan reka bentuk.
- Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis
dan mempunyai tambahan reben.
- Lebih murah.

3. BERGAMBAR
- Kad undangan yang bergambar selalunya
dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan.
- Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, 
atau sama warna dengan tulisan di dalam kad.

4. KEAGAMAAN
- Biasanya kad undangan dilipat dengan bahagian
hadapan kad mengabadikan ayat-ayat
keagamaan dan cinta.
- Reka grafik selalunya termasuk reka
bentuk kaligrafi (tulisan jawi).


Dah paham? baca 21 kali. mesti paham. heheh.
Emm, perkara kedua yang kene pikir pasal kad ini,
bilangan jemputan untuk tempaham kad.
em.. berapa ek.
Seboleh boleh nye biar lebih dan tidak kurang, tetapi
jangan pula sampai terlebih banyak sangat kan.

(notakaki : emm... dalam masa yang sama nak pikir sekali
untuk hantaran design. Idea mcm dah dapat sikit-sikit)


-Mr. F-




2 comments:

AzizMostafa said...

@ bentuk kaligrafi (tulisan jawi).
-
Tulisan jawi – Amat cantik
Semakin Terancam?! Semarak Jawi
http://sifoo.com/topic/314-jawi-kaligrafer-%E2%80%94-wajib-dimiliki

Mr.F & Miss N said...

Terima kasih AzizMostafa,
Yuup,,, Kaligrafi jawi memang cntik, tapi kemahiran handmade untuk kaligrafi ni bukan semua orang boleh wat.
Alternatif lain guna media elektrinik, pun cantik, tapi kurang power la berbanding dgn handmade.
owh, sifoo nie pun selalu saa follow up.
pape pun terima kasih atas perkongsian itu.

-Mr.F-

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click