Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Pulai Utama Management=-

Assalamualaikum...
Ape ke hal la dengan tajuk post kali ini kan..
hehe... Tajuk tersebut tiada kene mengena langsung pun
dengan syarikat jualan langsung, MLM, bisnes-bisnes, mahupun
syarikat mencari kerja.
Lalalala........
Ok la, senang citer, saya pergi Kursus Kahwin la.....

"Pulai Utama Management merupakan sebuah syarikat 
pengurusan yang menawarkan perkhidmatan Kursus 
Pra Perkahwinan Islam di Johor Bahru. 
Matlamat nya adalah untuk memberi 
kursus pra perkahwinan serta khidmat nasihat berkaitan 
perkahwinan. Di samping itu juga, pihak syarikat 
mendapat kebenaran dari 
Jabatan Agama Islam dan JAKIM."
-di copy dari laman web syarikat.
Saya telah pergi bersama-sama dengan future wife 
pada 22 dan 23 Januari 2011 di Hotel
Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru.
 Hotel Seri Malaysia Larkin.


Semua orang yang pergi ke kursus ini,
dengan niat hanya nak mendapatkan sekeping
sijil pra-perkahwinan untuk meneruskan
niat masing-masing untuk berkahwin dengan pasangannya.

Huhuh.... Sama gak la dengan saya.
Belum apa-apa, niat dah tak betul,
datang hanya nak kan sijil saja.
Teruk betul kan... hehehe

Oleh kerana saya telah pun membayar yuran kursus ini,
saya pun pergi dengan Miss N.
Oh ya, tentang bayaran, bayaran yang di cas tak
mahal pun, RM120 sahaja. Daripada korang
pergi gune RM120 untuk karok, lebih baik pergi
bagi duit tu kat ustaz-ustaz yang bagi ceramah.
Sudah tentu ustaz tak akan gunakan duit tu
untuk berjudi mahupun membuat benda yang tidak elok. =)
Huhuhuhu..........

Bayaran ini termasuk penceramah (ada 12 slot), 
makanan (pagi dan tengahari) dan modul.
Berserta, jika nasib baik, mungkin sebelum balik
berjaya membawa 1 hadiah cabutan bertuah.
Kursus pra-perkahwinan = cabutan bertuah?
hahaha, itu la kenyataan.

Resit rasmi.


Oh ye, untuk pengetahuan, ini kali kedua 
saya telah menghadirkan diri ke kursus pra-perkahwinan.
Kali pertama dulu masa belajar di UTM, anjuran HEP UTM, 
bayaran cuma RM60. Tu yang pergi tu. hehe..
Untuk kursus yang kali ini, selain daripada nak dapatkan
sijil, saya nak ingatkan balik semua ilmu-ilmu
perkahwinan yang dah lama kene timbus.
Alhamdulillah, sepanjang kursus, banyak kali juga 
bercakap dalam hati,

"......Eh, ni mcm pernah belajar dulu..."

"..... ha, ok, dah ingat dah....."

".....eh, mcm tu ke......"

huhhuh,,, tetapi, secara jujurnye, kursus pra-perkahwinan
ini penting walaupun singkat. Banyak info yang dah kene timbus
tu, timbul balik.... =D
Satu perkara lagi, budak-budak sekarang memang
tak minat pasal kursus-kursus ni, lebih-lebih lagi
bila hal agama... huuhhuh
Memang yang datang semua muke terpaksa je
dan cabaran utama semasa kursus adalah mengantok...
Tapi, saya memang salute kat ustaz-ustaz
ni, ustaz-ustaz yang bagi ceramah semua dah pengalaman 
luas dalam kursus kahwin, mereka tahu apa yang 
peserta suka. Lawak Lucah…! kawan-kawan
pun ramai yang dah pesan, lawak lucah 
kursus kahwin adalah antara yang paling best. 
Dengan beralasankan ‘kongsi ilmu’ ustaz-ustaz tu 
betul-betul telah berjaya memecahkan perut para peserta. 
Saya yang pada asalnya control cun pun akhirnya gelak 
ngalahkan menonton sitcom kat TV. Sesetengah lawak 
memang betul-betul best, kalau masuk Raja Lawak boleh 
challenge Nabil lah. Memang ada lawak-lawak standard, 
tapi cara ustaz-ustaz tu bercerita nampak lucu gila….
Tak percaya, pergi la kursus pra perkahwinan ini..


Modul kursus pra-perkahwinan Islam
Negeri Johor.
Kandungan modul.


Diantara slot-slot kursus kahwin di Negeri Johor seperti :

Slot 1 (Akhlak dan hubungan dalam keluarga)
Slot 2 (Pengurusan kesihatan)
Slot 3 (Munakahat)
Slot 4 (Prosedur perkahwinan)
Slot 5 (Ibadah)
Slot 6 (Analisis keberkesanan kursus)
Slot 7 (Aqidah)
Slot 8 (Pembubaran perkahwinan)
Slot 9 (Pengurusan konflik,stress dan kaunseling)
Slot 10 (Komunikasi dan pengurusan sumber)
Slot 11 (Persediaaan keibubapaan)
Slot 12 (Prosedur mahkamah)

Ha,,,, itu la dia semua topik yang dibentangkan
dalam masa dua hari....
best kan?

Selain daripada kite dengar je ustaz-ustaz
itu berceramah,
ada satu ujian penilaian dilakukan.
Ujian ini sebenarnye bukan la pun nak
menentukan lulus atau tak kursus ini..
Cuma sekadar ingin mengetahui sejauh mana tahap
kefahaman kite dalam perkahwinan Islam.
Soalan dia pun basic-basic je...
Walaupun basic-basic, ada juga soalan yang
saya terkucil tersalah jawab.. hahah


Kertas soalan ujian.


Selain daripada modul-modul ini,
saya ada juga membeli buku rujukan tambahan
yang dijual oleh syarikat ini.. Harga RM20.
Ada 3 buku dalam satu pakej, Siri 1 (Perkahwinan menurut
perspektif Islam), Siri 2 (Bakal pengantin, panduan dan prosedur),
Siri 3 (Zuriatku.. anak yang soleh dan solehah).
Tapi semua buku-buku ini belum sempat nak baca lagi...
Baru baca sikit, banyak juga la panduan yang berguna.
Pas siap abis baca semua, nak bagi future wife saya baca pula.
huhu....


Ni buku rujukan tambahan.


Last sekali.... taraaaaa!!!




Sijil pra-perkahwinan 2011 dah dapat....

Jadi selepas ni, kami akan mula proced
ke process yang seterusnye untuk mendaftarkan
perkahwinan ke JAIJ.
Untuk process pendaftaran perkahwinan ini,
ikut je la post selepas ini ek.
Saya update dari semasa ke semasa....

(notaperut : tadi dah settle banyak hal berkenaan dengan bridal
untuk majlis di pihak Miss N. Miss u so much)


-Mr. F-



1 comments:

Puan Rad said...

ada letak gmbr skali ya? cumil2.. hehe.. nnt blh x sy nk pinjam buku rujukan tambahan tu.. tu pon jika diberi keizinan..

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click