Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Fazuli & Norezareen

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera....

Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua yang mengenali diri ini ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2011 / 4 Disember 2011
Masa :12.00t/hari-5.00ptg

Sila layari website perkahwinan kami seperti tertera dibawah untuk info lebih lanjut berkenaan alamat serta peta majlis kami.


Semoga dengan kehadiran anda serta iringan doa semua akan menyerikan lagi
majlis ini dan di berkati Allah SWT.
Terima kasih


-Sekiranya Saudara/Saudari/Tuan/Puan memerlukan kad kami, sila PM alamat rumah
bagi tujuan penghantaran kad.

-Kepada rakan-rakan yang menghadiri majlis kami, jika tidak keberatan sila berikan ucapan dan nasihat kepada kami di dalam guestbook yang kami sediakan.

-Kepada rakan-rakan yang tidak dapat hadir mahupun yang akan hadir, sudikan lah meninggalkan ucapan di guestbook online kami di web url dibawah:


http://ohmywedding21.projectwedding.com/

-=Hantar Borang=-

Selamat malam....
ok,, sebelum ni dah ada entri pasal teaser DIY kan?
Hehe.. tu baru sikit.. ada banyak lagi DIY yang akan menyusul.
Emm.. untuk malam ni tak de apa teaser pun pasal DIY,   =)
Nak sambung pasal borang nikah.
Rasanya semua orang reti isi borang kan?
Kalau borang masuk Universiti boleh isi, setakat borang nikah ni, 
confirm boleh isi punya.
Tak susah mana pun.
Untuk negeri Johor, borang didalam tulisan Jawi,
Tetapi untuk mengisi borang tu, 
boleh pilih samada Jawi atau Rumi.
 Setelah semua requirement borang nikah kami
telah di penuhi,
pada 21 September 2011,
Kami plan nak settle kan semua urusan borang ni dalam masa
1 hari ni.

Bermula dari membuat Ujian Saringan HIV.
Untuk Klinik Kesihatan Kulaijaya, 
hanya boleh buat ujian HIV pada hari Rabu sahaja.
Jadual ni, ada disertakan sekali semasa membeli borang nikah.
Jadi, boleh rujuk di situ ye..
Ni borang sebelum masuk ke bilik amik darah.

Borang jawapan selepas cek.
Ujian HIV test ni siap dalam pukul 11.00 pagi,
dan destinasi seterusnya adalah
ke Pejabat Qadi Daerah Kulaijaya.
Tak jauh, betul2 depan Klinik Kesihatan Kulaijaya.

Emm... dalam lebih kurang sejam, semua dokumen saya
siap untuk dibawa oleh Miss N ke Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru plak.
Prosesnye tak la susah mana, kalau semua dokumen lengkap,
settle la tu.
Macam biasa, semua orang tahu pasal interview kan,
hehhe,, jangan la risau, tak susah mana pun,
Ingat, dokumen pihak lelaki kene siap dahulu,
kerana pihak perempuan kene bawa bersama semua dokumen 
kebenaran bernikah daripada pihak lelaki.


Semasa saya pergi menguruskan borang,
nasib baik Miss N gi beli breakfast di McD.
Pegh, mmg lapa, dari pagi tak makan lagi ni.


Nyum Nyum...


Jam dah menunjukkan pukul 12 tghari nie..
Kami tanya sesama sendiri, sempat ke nak pergi Pejabat Kadi
Johor Bahru ni, dorang rehat kul bapa,,
=)


Kami redah je, kalau ada rezeki, sempat. hehe


Ni pintu masuk utama...

 Ni plak pintu masuk pejabat Kadi


Hahaha, nasib tak baik, kami sampai-sampai je,
kaunter dah tutup rehat.
Kaunter buka balik pukul 2.30pm.


Kami tiba balik ke kaunter pukul 2.00pm,
plannye nak dapat no awal-awal..
Mmg dapat no awal, best..
tapi yang tak best nye, pukul 2.50pm baru kaunter buka...
peghh.... ni kalau kat company swasta, mau tak kene marah.


Ni kaunter Pejabat Qadi Daerah Johor Bahru.
Alhamdulillah, semuanye selesai dan dipermudahkan....
dan lagi 2 minggu,,, kami akan bernikah.. pegh, berdebar-debar ni.. =)


-Mr.F-

1 comments:

Puan Rad said...

semoga semuanya berjalan lancar.. insyaallah..

Post a Comment

Daisypath Wedding tickers
ops.. our wedding were around the corner...~~ © 2010.

Cinta Hati Kami :)

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Visitor location

Jom main Clik-click